Pengasuhan Positif

Bukan Semua Snek Tidak Baik Untuk Kesihatan!

Ramai ibu bapa tidak menyedari pentingnya memberi snek kepada anakanak antara waktu makan. Masyarakat kita terlalu menekankan pengambilan makanan utama pada waktu makan yang tetap hingga menyebabkan ada antara kita yang menganggap makanan snek tidak baik. Tetapi pada hakikatnya makanan snek adalah sebahagian penting daripada diet kanak-kanak yang sedang membesar, lebihlebih lagi snek yang sihat dan berkhasiat.

Makanan Snek Penting?

Meskipun snek dianggap sebagai makanan ringan yang dimakan antara waktu makan, ianya sebenarnya sebahagian penting daripada menu harian kanak-kanak. Mereka akan kehabisan tenaga beberapa jam selepas makan dan snek diperlukan untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Bagaimanapun, bukan semua snek sama! Snek yang sihat dan berkhasiat membantu menambah tenaga dan dengan demikian, membolehkan kanak-kanak terus aktif dan memberikan prestasi terbaik.

Nutrien untuk Tambah Tenaga

sihat untuk anak bukanlah rumit atau susah. Rujuk piramid makanan sebagai panduan dan pastikan snek yang anda sediakan mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan dalam diet mereka untuk mengekal dan menambah tenaganya. Ini termasuk:

  • Serat – penting untuk mengekalkan kesihatan system penghadaman baik terutamanya kanak-kanak untuk mencegah sembelit.
  • Karbohidrat – sumber utama tenaga
  • Protein – membina otot dan tisu seperti organ badan
  • Protein – membina otot dan tisu seperti organ badan
  • Vitamin dan mineral – bantu menguatkan sistem imun, menyokong pertumbuhan dan perkembangan.

Kombinasi semua nutrien ini membentuk snek yang sihat dan dapat membekalkan khasiat yang perlu untuk si manja anda terus cergas dan cerdas sepanjang hari.

Idea Snek Kreatif dan Menarik!

Snek yang sihat tidak semestinya hambar dan membosankan; terdapat banyak snek yang lazat.

Gunakan Kreativiti…
  • Potong buah-buahan seperti pisang, epal dan oren dan hidangkan dengan krim rendah lemak atau tanpanya.
  • Bakar roti kismis dan sapu sedikit jem atau marjerin
  • Sediakan snek sedia dimakan seperti biskut bijirin atau biskut tawar yang diperkaya dengan vitamin dan mineral dan ditaburi buah-buahan.
  • Bijirin bukan hanya untuk sarapan. Anda boleh hidangkan bijirin dengan susu dan buah-buahan cincang seperti strawberi dan pisang atau epal untuk snek.

Jangan Larang Terus

Jangan larang sama sekali anak-anak mengambil snek manis. Sebaliknya, tetapkan had dan jadikannya sebagai ganjaran, tetapi bukan untuk diberikan setiap hari. Ketiadaan makanan ini dalam diet kanak-kanak akan membuat mereka lebih mengingininya. Pastikan snek tidak diberi terlalu hampir dengan waktu makan kerana ini akan menjejaskan selera makan mereka, diberi sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu makan dan jangan sama sekali menggantikan makanan utama dengan snek!

Pengetahuan tentang makanan mengandungi nutrien yang perlu untuk tumbesaran anak akan memudahkan anda merancang dan menyediakan snek yang sihat untuk mereka!

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen