Pengasuhan Positif

Apabila Anak Anda Berbohong

Sifat tidak jujur bermula dengan beberapa pembohongan tidak berbahaya, diikuti tabiat berbohong yang lebih kerap. Jika anak anda mempunyai tabiat berbohong, ia penting untuk memahami mengapa anak anda mula dengan tingkah laku tersebut. Dengan ini, anda boleh mengambil langkah-langkah tertentu untuk menyelesaikan masalah ini. Artikel ini akan menjelaskan beberapa sebab mengapa anak anda berbohong dan bagaimana anda boleh menangani masalah sebegini.

Kenapa kanak-kanak membohong?

Some of the common reasons that children lie are because:

  • Mereka mahu mengelakkan diri daripada hukuman – “Siapakah yang mengotorkan permaidani?” ibu bertanya. “Bukan saya,” anak itu menjawab. Kanak-kanak berbohong kerana malu dan ingin mengelakkan diri daripada dimarahi atau dihukum selepas melakukan kesalahan.
  • Mereka ingin disukai – Kanak-kanak yang inginkan perhatian daripada kawan mungkin berbohong untuk menampakkan diri lebih menarik. Kawan sebaya juga akan menggangap kawan-kawan berada di pihak mereka kerana telah bantu berbohong untuk menutupi kesalahan mereka.
  • Mereka mahu mengelakkan diri daripada tugas yang tidak ingin dilakukan – Seorang kanak-kanak mungkin akan memberi alasan dan/atau berbohong untuk mengelakkan diri daripada tugas yang tidak disukai seperti kerja sekolah atau kerja rumah.
  • Mereka tidak dapat membezakan antara fantasi dengan realiti – Kanak-kanak yang berumur 7 tahun dan ke bawah sering mereka cerita dongeng dalam fikiran mereka. Imaginasi mereka boleh menjadi sangat nyata sehingga ada kalanya,ia sukar bagi mereka untuk membezakan di mana cerita ciptaan berakhir dan di mana dunia sebenar bermula.

Bagaimana mengendalikan anak yang berbohong

  • Elakkan daripada berleter atau memarahi anak anda – Hal ini akan menyebabkan anak anda melawan kata atau memencilkan diri mereka malah dapat mendorong untuk lebih banyak berbohong. Luangkan masa untuk berinteraksi dan memahami anak anda, dan memahami mengapa mereka berbuat demikian. Sediakan langkah penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, jika anak anda risau tidak dapat bergaul dengan kawan sebayanya, cadangkan langkah-langkah lain tanpa perlu berbohong.
  • Balas sifat berbohong dengan tindakan yang jelas – Pastikan anda bertindak dengan hukuman yang munasabah jika anak anda berbohong dan anak anda menyedari hukuman tersebut. Anda perlu menghukumnya atau anak anda akan terus berbohong (lebih-lebih lagi jika tiada hukuman akibat berbohong). Berikan mereka peluang untuk memperbaiki kesilapan mereka dan bertanggungjawab di atas kesalahan mereka.
  • Jadi contoh yang baik – Kanak-kanak belajar untuk membezakan apa yang betul daripada yang salah dengan memerhatikan tingkah laku orang dewasa. Anda perlu menjadi contoh yang baik dengan bercakap benar dalam apa sahaja keadaan, ini kerana anak anda menjadikan anda sebagai model tingkah laku mereka.

Galakkan anak anda bersifat jujur dengan memberi perhatian positif apabila mereka bercakap benar. Puji kebenaran dan memberitahu anak anda bahawa anda gembira kerana anak anda berani berkata benar. Izinkan anak anda tahu bahawa kebenaran adalah lebih penting berbanding satu perbuatan buruk yang kecil.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen