Pengasuhan Positif

Perkembangan Pertuturan

Bagi seseorang ibu atau bapa, kegembiraan tatkala anak mereka menyebut “mama” buat pertama kalinya memang tidak dapat dihitung. Peristiwa penting itu merupakan titik permulaan kepada segala bunyi ‘cooing’ dan ‘babbling’ dan akan diikuti dengan beberapa banyak perkataan lagi.

Bagaimana bunyi ‘cooing’ yang dikeluarkan oleh bayi bertukar menjadi pertuturan yang mudah difahami?

Pertuturan merupakan proses yang rumit. Untuk bertutur, seorang kanak-kanak perlu mendengar kerana mereka belajar dengan cara meniru. Oleh itu, interaski yang mencukupi antara penjaga dan kanak-kanak perlu dititikberatkan. Ini kerana, kanak-kanak perlu mematangkan pemikirannya untuk menganalisis bunyi yang didengari, kemudian mengarahkan otot pada mulut dan peti suara untuk menghasilkan bunyi tersebut.

Seorang kanak-kanak mula ‘bercakap’ pada usia dua bulan. Pada peringkat ini, kata-katanya terdiri daripada vokal seperti “ooo”, “aaa” dan “eee”. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan belajar menggerakkan bibir untuk mengeluarkan bunyibunyian dan secara beransur-ansur akan sedar tentang kuasa komunikasi. Ini membawa kepada kenaikan nada bunyi yang akan dikeluarkan, jika keperluannya tidak diikuti atau bila dia rasa tidak dipedulikan. Sebagai tambahan kepada ‘cooing’, bayi juga mula belajar bersenyum dan ketawa sebagai tindak balas kepada orang yang bercakap dengannya.

Pada usia 6 bulan, “cooing” akan memberi ruang kepada ‘babbling’ pula di mana bunyi-bunyian yang dikeluarkan terhasil dengan mencantumkan vokal dengan konsonen untuk membentuk bunyi-bunyian seperti “ba”, “da” dan “ta”. Ini memerlukan kebolehan menggunakan bibir dan lidah untuk membentuk bunyi-bunyian tersebut. Beberapa percubaan ‘babble’ akan diganti dengan ‘babbling’ yang lebih panjang serta mengandungi lebih daripada satu bunyi. Pada usia 8-9 bulan, ayat-ayatnya akan bercorak muzik dengan pelbagai nada dan kelantangan. Dia kini sedar akan kebolehannya mendapatkan perhatian dan ‘babble’ bercorak muziknya akan sering kedengaran, ini akan membuatkan anda berfikir tentang keadaan kehidupan anda sebelum bunyi-bunyian yang riuh seperti ini memasuki hidup anda. Dia juga kini lebih bertindak balas dan sering mendengar dengan penuh minat apabila seseorang sedang bercakap dengannya serta akan membalas mereka dengan penuh kegirangan.

Walau bagaimanapun, sekiranya mereka tidak dipedulikan semasa bercakap, ‘babble’ mereka akan menjadi bertambah kuat dan kedengaran seperti marah. Ini akan memberitahu anda bahawa anda sedang dimarahi. Kebolehannya mencantumkan dua ‘babble’ akan menghasilkan perkataanperkataan seperti “ma-ma” dan “da-da”. Walau bagaimanapun, perkataan-perkataan ini tidak semestinya bermaksud ibu dan bapanya tetapi digunakan untuk bercakap tentang sesuatu benda atau sesiapa sahaja termasuklah haiwan peliharaan anda! Namun, anda tidak harus kecewa kerana pada usia satu tahun kelak, kebanyakan bayi akan boleh menghadkan penggunaan “ma-ma” dan “da-da” untuk ibubapa mereka sahaja.

Pada usia 14-15 bulan, dia akan boleh menyebut beberapa perkataan yang lebih bermakna. Ia tidak menghadkan mereka kepada beberapa perkatan itu sahaja. Kebiasaannya, celoteh-celoteh begini mengandungi bunyi-bunyian yang sedap didengar tetapi tidak membawa sebarang makna. Ini dinamakan pertuturan ‘jargon’. Ia akan berkembang menjadi ayat-ayat pendek apabila dia berusia 20-22 bulan.

Dalam proses ini, pembelajaran masih diteruskan melalui pendengaran, dan oleh itu ibubapa harus sentiasa berhatihati. Kata-kata yang sering terkeluar ketika marah sewaktu memandu mungkin akan diulangi di meja makan, terutama apabila datuk dan neneknya datang melawat. Berkerut dahi datuk dan nenek menanyakan soalan-soalan untuk mengetahui di mana cucu mereka mempelajari bahasa yang sedemikian, yang mana akan berakhir dengan senyuman manis dan jawapan simanja: “Mama/Ayah yang cakap kepada pemandu kereta lain.”

Pencapaian Dalam Pertuturan

devtspeech2-bm

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen