Pengasuhan Positif

Marilah Bermain!

Dunia ini penuh dengan keseronokan di mata bayi anda. Pada tahun pertama hidupnya, dia akan segera menemui personaliti dirinya. Walaupun terdapat banyak permainan untuk bayi pada masa ini, namun dia lebih memerlukan kehadiran dan kasih sayang anda. Bermain dengan bayi anda untuk mengembangkan kemahiran motornya dan pada masa yang sama memastikan bayi anda selamat dari sebarang bahaya ketika dia sedang meneroka dunia sekelilingnya.

2 bulan pertama

Wajah manusia boleh menjadi “permainan” yang paling sesuai untuk bayi anda pada umur ini. Dia gemar melihat dan mendengar suara anda.

Buat muka dengan emosi yang berbeza-beza – sedih, gembira, bimbang, marah, terkejut atau bodoh – di hadapan bayi anda dan bercakap dengannya dengan nada-nada yang sepadan pada masa yang sama. Pada umur dua bulan, anda mungkin mahu merangsang penglihatannya dengan menggantung permainan gantung yang berwarna hitam putih pada katil bayi anda.

3 hingga 5 bulan

Pada ketika ini, bayi anda akan mula mencapai barangbarang. Biarkan bayi anda memegang objek yang tidak mudah pecah, boleh dibasuh dan ringan. Kunci plastik yang besar boleh menjadi permainan ketika ini. Letakkan ia jauh sedikit dari jangkauannya – tetapi bukan terlalu jauh agar anda tidak mengecewakannya. Bayi anda akan cuba mencapainya.

Anda juga boleh mencuba beberapa permainan lantai. Tiarapkan bayi anda diatas lantai dan anda berbaring menghadapnya. Dia akan menggerakkan otot leher dan tangan untuk mengangkat kepalanya melihat anda.

6 hingga 8 bulan

Sekarang bayi anda sudah boleh duduk dengan sendiri, bayi anda boleh bermain lebih banyak permainan: mengguling dan membaling bola, memasukkan dan mengeluarkan objek dari kotak danbermain air di dalam tab mandi dengan gembira (sudah tentu anda berada bersama-sama dengannya). Pada ketika ini dia sudah mula memahami konsep objek yang tidak bergerak. Dia akan tahu permainan yang hilang akan muncul kembali. Mainlah permainan seperti ba ba cak dan “sekejap ada, sekejap tiada”. Ini dapat membantu anak anda mengekalkan imej mental, kemahiran yang penting bagi perkembangan setiap kanak-kanak.

letsplay2

9 bulan hingga 1 tahun

Sekarang, bayi anda akan mula belajar berjalan dan terdapat begitu banyak untuk diterokai! Periuk dan kuali, bekas plastik, beg alat solek ibu atau tali pinggang kulit ayah ¡­ mana-mana objek yang tidak mudah pecah akan menjadi “alat permainan”. Di kedai permainan, cuba dapatkan telefon permainan, bola besar dan alat permainan aktiviti yang mudah dengan tombol, pintu, suis dan butang. Bayi anda akan berasa amat seronok! Awas dengan mainan bertali, yang mengandungi bahan-bahan kecil dan yang senang pecah.

ADA APA DENGAN ALAT PERMAINAN?

Janganlah berbelanja dengan boros untuk membeli alat permainan pada saat ini. Pada bayi anda, segala-galanya adalah alat permainan. Hakikatnya, bayi anda mungkin mendapati kotak alat permainan lebih menarik berbanding alat permainan itu sendiri! Dalam semua kes, perkara yang paling penting adalah memastikan semua “alat permainan” selamat dan tidak mempunyai bahagian kecil yang boleh ditelan bayi dengan tidak sengaja.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen