Pengasuhan Positif

Membawa Pembelajaran Dalam Kehidupan

Anda menyediakan bekalan makanan tengah hari sementara si kecil pula sibuk memakai kasutnya. Anda berdua akan pergi ke taman hari ini dan ianya pasti menyeronokkan!

Ini adalah kerana anda ingin mengikuti pelajaran yang diajar di tadika dan gurunya baru selesai mengajar nama bunga bungaan. Anda ingin menguji pengetahuannya: berapa jenis bunga yang boleh dikenalpastinya? Yang menggembirakan anda (dan anak anda), dia berjaya menamakan kebanyakan bunga di taman tersebut! Ia pasti lebih menyeronokkan untuk melihat benda sebenar jika dibandingkan kad bergambar di tadika.

Ini adalah contoh mudah bagaimana anda dapat menjadikan pembelajaran sesuatu yan menyeronokkan untuk anak anda. Selain mengetahui apa yang dipelajari oleh anak anda di tadika, adalah penting untuk mengulangkajinya di rumah. Ia memberikan peluang kepada anak anda untuk mengaplikasi apa yang telah dipelajarinya di tadika.

“Perlukah anak saya mengulangkaji apa yang telah dipelajari di tadika? Tidak cukupkah perhatian yang diberikannya sewaktu di dalam kelas?”

Tidak. Pembelajaran bukan sahaja berlaku di dalam kelas. Dengan menggalakkan anak anda mengaplikasi tentang apa yang telah dipelajarinya, anda membantunya mendapat lebih banyak informasi dan memahami sesuatu subjek dengan lebih baik. Dia akan lebih terdorong untuk memberikan lebih perhatian di dalam kelas, kerana tahu dia harus ‘berlatih’ pelajarannya untuk ibubapanya kemudian.

CUBALAH INI!

  • Mencari Harta Karun
    Rancang satu pencarian harta karun untuk anak anda. Setiap petunjuk mempunyai satu soalan matematik yang mudah yang harus diselesaikan untuk mendapatkan petunjuk seterusnya. Sekiranya dia berjaya menyelesaikan semua petunjuk tersebut, dia akan mendapat hadiah. Manakala ganjaran anda adalah kegembiraan anda apabila mengetahui anak anda mahir menambah dan menolak.
  • Penggunaan Komputer
    Gunakan komputer sebagai alat bantu pembelajaran. Beli beberapa permainan komputer berunsur pendidikan atau kenalpasti laman-laman web pendidikan direka khas untuk kanak-kanak. Ciri-ciri interaktif dan animasi berwarna-warni akan menarik perhatian kanak-kanak. Beberapa laman web untuk mencuba ialah:

    1. http://www.britishcouncil.org/kids.htm
    2. http://www.fatlion.com/science
    3. http://www.kids.discovery.com
  • Hubungan Manusia
    Sesetengah kanak-kanak belajar dan memperolehi informasi dengan lebih efektif apabila mereka berinteraksi dengan orang lain. Sebagai contoh, jika anak anda telah memberitahu kepada kelas bahawa dia ingin menjadi seorang doktor haiwan apabila besar nanti, mengapa tidak memperkenalkannya kepada anak anda? Peluang berinteraksi dengan doktor haiwan sebenar memberikan satu pendedahan serta peluang pembelajaran yang menarik.
  • Jadikan Sebenar Yang Mungkin
    Ketahui apa yang dipelajari oleh anak anda di tadika dan jadikan ia yang benar kepada anak anda. Jika gurunya telah mengajar tentang buah-buahan tempatan, anda boleh memberi kejutan kepadanya dengan menghidangkan buah-buahan sebagai snek atau pencuci mulut di rumah. Galakkan anak anda menerangkan tekstur, bentuk, warna dan rasa bagi setiap buahbuahan dan perbezaan antara buahbuahan tersebut.
TIADA ALASAN!

Tiada masa
Kebanyakan ibubapa mengatakan bahawa mereka ingin membantu anak mereka belajar tetapi tidak mempunyai masa. Yang menjadi isu bukanlah masa, tetapi keutamaan. Jika pelajaran dan perkembangan anak anda adalah penting untuk anda, anda pasti mempunyai masa.

Tiada idea
Sesetengah ibubapa bimbang tentang kekurangan kreativiti mereka dan kemampuan untuk menarik perhatian anakanak. Ini bukanlah satu masalah. Layari internet, baca buku dan bertukar pendapat dengan ibubapa yang lain. Terdapat beribu-beribu idea di luar sana. Anda hanya perlu mula mencari.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen