Pengasuhan Positif

Bermain Menyihatkan Badan

Semua kanak-kanak, baik bayi mahupun remaja dan orang dewasa, suka bermain. Bermain yang lazimnya membabitkan pelbagai aktiviti dipilih sendiri, didapati menyeronokkan dan digemari kanak-kanak, sama ada secara bersendirian atau bersama orang lain. Ia bukan sahaja kegiatan yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk menghilangkan rasa bosan tetapi juga sebahagian penting daripada perkembangan awal mereka.

Bermain memberikan kanak-kanak pelbagai manfaat dari segi perkembangan mereka – secara fizikal, emosi, sosial dan intelektual. Apabila diberi ruang dan masa secukupnya untuk bermain, mereka boleh meneroka, menunjukkan kreativiti dan menimba pengetahuan. Bermain turut membangunkan kemahiran penting yang diperlukan untuk berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka.

Kanak-kanak bermain dengan banyak cara dan dengan cara berbeza mengikut peringkat usia mereka. Yang lebih tua mungkin mencari permainan atau mainan tertentu yang lebih menarik dan mengasyikkan berbanding apa yang digemari kanak-kanak kecil. Ternyata penglibatan dalam permainan yang sesuai dengan usia mereka mengoptimumkan tahap perkembangan masing-masing.

Untuk artikel penuh, sila download pdf di bawah:

Download PDF

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen