Pengasuhan Positif

Vaksin: Sahabat Atau Seteru?

Vaksin telah sekian lama diiktiraf sebagai kaedah perubatan yang paling berkesan untuk melindungi kesihatan dan kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia. Ia memberi mereka peluang untuk hidup tanpa penyakit dan kehilangan upaya fizikal dan akal. Malangnya, meskipun terdapat bukti kukuh yang menunjukkan bahawa vaksin menyelamatkan nyawa, masih terdapat ramai yang meraguinya dan mempersoalkan kebaikan vaksin. Ibu bapa yang kurang ilmu mungkin menafikan hak anak mereka untuk mendapatkan vaksin, dengan demikian meletakkan mereka dalam risiko terhadap penyakit dan penderitaan.

Justeru, dalam rencana keluaran ini, kami cuba menangani keraguan ibu bapa terhadap vaksin, supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih baik untuk melindungi kesihatan anak-anak anda.

Apakah Vaksin?

Vaksin digunakan untuk merangsang imuniti kepada penyakit tertentu tanpa menyebabkan penyakit. Ia biasanya mengandungi satu bentuk kuman (bakteria atau virus) penyebab penyakit yang sudah dilemahkan atau dibunuh, atau sebahagian daripadanya. Vaksin merangsang sistem imun badan untuk bertindak balas terhadap kuman dan mengeluarkan antibodi untuk menentangnya. Sistem imun anda boleh mengingati ‘serangan’ ini. Jadi, ia segera mengenali dan menghapuskan kuman apabila berlaku sebarang jangkitan.

Untuk artikel penuh, sila download PDF di bawah:

Download PDF

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen