Pengasuhan Positif

Kanak-kanak dan Kanser

Pengenalan kepada Kanser Kanak-Kanak

Bagaimana ia berlaku?

Semua jenis kanser berkongsi proses yang sama – sel-sel badan akan tumbuh di luar kawalan, menjadi saiz dan/atau bentuk yang tidak normal (mengabaikan lapisan sempadan dalam badan), memusnahkan sel-sel yang berhampiran, dan akhirnya, merebak ke organ-organ dan tisu-tisu yang lain.

Berdasarkan Laporan Pejabat Pendaftaran Kanser Kebangsaan (Statistik Kanser Malaysia, 2007), kanser yang paling lazim di kalangan kanak-kanak di bawah umur 14 tahun adalah leukemia, kanser otak, dan limfoma.

Biasanya, faktor-faktor yang boleh mencetuskan kanser di kalangan kanak-kanak adalah berbeza daripada faktor-faktor yang menyebabkan kanser di kalangan orang dewasa. Ia sering disebabkan oleh perubahan DNA dalam sel yang berlaku pada awal kehidupan kanak-kanak, malah kadang-kadang ia berlaku ketika dia masih berada dalam rahim ibu.

Kanser kanak-kanak jarang dikaitkan dengan faktor-faktor risiko berkaitan dengan gaya hidup atau persekitaran. Dalam kebanyakan kes, mutasi (atau perubahan) gen yang tidak diwarisi dalam sel-sel yang berkembang adalah puncanya, tetapi oleh sebab kesilapan-kesilapan ini berlaku secara rawak dan tidak menentu, maka tiada langkah-langkah pencegahan yang berkesan.

Pemeriksaan badan yang tetap boleh membantu kerana doktor anak anda mungkin dapat mengesan tanda-tanda awal kanser. Namun, kebanyakan tanda-tandanya (misalnya jangkitan yang kerap, demam, kelenjar yang membengkak, lebam, atau anemia) adalah biasa dalam jangkitan atau penyakit lain yang lebih lazim berbanding kanser. Walaubagaimanapun, gejala yang luar biasa seperti demam berpanjangan, kekurangan berat badan, ketulan atau perut kembung tidak patut diabaikan

Jika anda mengesyaki anak anda mungkin menghidapi kanser, ia adalah penting supaya anda mendapatkan bantuan segera daripada pusat perubatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang onkologi pediatrik (rawatan untuk kanser kanak-kanak).

Untuk artikel penuh, sila download PDF di bawah:

Download PDF

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen