Pengasuhan Positif

Adakah Anak Anda Dilindungi Daripada HPV?

Human Papillomavirus (lebih biasa dikenali sebagai HPV) merupakan salah satu jangkitan virus melalui hubungan seks yang menjangkiti lelaki, perempuan dan kanak-kanak secara meluas. Di antara lebih daripada 130 jenis HPV, terdapat 40 jenis yang boleh menjangkiti bukan sahaja kawasan kemaluan lelaki dan perempuan, tetapi juga mulut, kulit dan tekak. Jangan keliru antara Human Papillomavirus dengan virus Herpes atau Human Immunodeficiency Virus (HIV) kerana virus-virus ini yang juga dijangkiti melalui hubungan seks mengakibatkan gejala-gejala dan masalah kesihatan yang berlainan.

Walaupun tidak terdapat data untuk kejadian atau prevalensi jangkitan HPV di Malaysia, terdapat beberapa data mengenai berlainan jenis HPV di kalangan pesakit kanser pangkal rahim dalam negara ini. Di antara pesakit-pesakit ini, 73% daripada mereka mempunyai HPV jenis 16 dan 65.2% dengan HPV jenis 18. Penyakit kanser pangkal rahim adalah dikaitkan dengan HPV jenis 16, 18 dan 31.

Walaupun banyak maklumat tentang HPV memberi fokus kepada perempuan kerana risiko mereka yang meningkat untuk menghidapi kanser pangkal rahim, namun jangkitan HPV juga boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan kepada lelaki. Seseorang lelaki yang dijangkiti HPV mempunyai risiko yang meningkat untuk menghidapi kanser kemaluan, walaupun kanser jenis ini adalah kurang lazim. HPV juga boleh menyebabkan ketuat kemaluan di kalangan lelaki, sama seperti wanita. Sehingga kini, tiada ubat untuk merawat HPV sepenuhnya. Namun, vaksinasi adalah tersedia untuk mencegah penyakit yang berkaitan dengan HPV.

Berjaga-jaga dengan ini!

Kebanyakan orang dewasa dan kanak-kanak yang dijangkiti HPV tidak sedar bahawa mereka telah dijangkiti kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala atau masalah kesihatan yang terjadi daripadanya. Jika anda atau anak anda dijangkiti, tandatanda dan gejala-gejala mungkin mengambil beberapa minggu, bulan ataupun tahun sebelum ia kelihatan. Secara amnya dan hampir 90% daripada kes-kes ini, sistem imun badan akan menyingkirkan HPV dalam masa 1-2 tahun. Namun, ada kalanya jangkitan gagal disingkirkan dan ini boleh menyebabkan beberapa keabnormalan selular seperti:

  • Kanser pangkal rahim – di antara sebahagian kecil wanita, HPV kekal di dalam sel-sel serviks dan menyebabkan perubahan di dalam struktur sel. Dalam kes-kes seperti ini, keabnormalan serviks boleh berkembang menjadi kanser. Terdapat 15 jenis HPV yang menyebabkan kanser yang boleh membawa kepada kanser pangkal rahim; beberapa jenis yang paling lazim adalah HPV jenis 16, 18, 45 dan 31. HPV jenis 16 dan 18 bersama-sama menyumbang kepada 70% daripada kanser pangkal rahim di dunia.
  • Recurrent Respiratory Papillomatosis (RRP) – ialah satu keadaan di mana ketuat tumbuh di dalam tekak. Pertumbuhan ini kadang-kadang boleh menyekat saluran pernafasan, mengakibatkan suara serak atau kesukaran untuk bernafas.
  • Ketuat kemaluan – biasanya muncul sebagai benjolan kecil atau kumpulan lebam pada kawasan kemaluan. Mereka boleh muncul dalam bentuk dan saiz yang berbeza. Ketuat ini lazimnya dikaitkan dengan HPV jenis 6 dan HPV jenis 11. Ketuat boleh muncul dalam beberapa minggu atau bulan selepas hubungan seksual dengan pasangan yang dijangkiti – walaupun pasangan yang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda ketuat kemaluan. Jika ketuat ini tidak dirawati, mereka mungkin hilang, kekal tidak berubah, atau meningkat dalam saiz atau jumlah.
  • Kanser lain yang berkaitan dengan HPV seperti kanser vulva, faraj, zakar, dubur dan tekak.

Dapatkan vaksinasi untuk anak anda!

Terdapat beberapa cara di mana anda boleh mengurangkan risiko anak anda daripada dijangkiti HPV dan kesan-kesan kesihatan. Vaksin yang selamat dan efektif tersedia ada untuk melindungi kedua-dua lelaki dan perempuan daripada beberapa jenis HPV yang lazim dan masalah kesihatan yang boleh disebabkan oleh virus tersebut. Vaksin ini adalah diberi dalam tiga kali suntikan. Adalah penting untuk anak anda mendapatkan kesemua tiga dos untuk menerima perlindungan yang terbaik. Vaksin adalah paling efektif jika diberi pada usia 11 atau 12 tahun, iaitu sebelum hubungan seksual yang pertama.

  • Kanak-kanak perempuan dan wanita: Terdapat two jenis vaksin untuk melindungi perempuan daripada kanser pangkal rahim kerana kanser jenis ini menyebabkan lebih daripada 1,500 kes setiap tahun di Malaysia. Salah satu vaksin ini juga melindungi daripada kebanyakan ketuat kemaluan dan kanser dubur, faraj, dan vulva. Vaksin ini adalah disyorkan untuk kanakkanak perempuan berusia 11 dan 12 tahun, dan wanita dari 13 hingga 26 tahun yang tidak pernah menerima suntikan tersebut semasa muda. Vaksin ini juga boleh diberi kepada kanak-kanak perempuan bermula dari usia 9 tahun. Ia adalah disyorkan untuk mendapatkan vaksin daripada jenama yang sama untuk ketiga-tiga suntikan, jika boleh.
  • Kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa: Vaksin yang sama boleh digunakan untuk mencegah kebanyakan ketuat anokemaluan dan kanser. Ia boleh diberikan kepada orang lelaki yang berusia 9 hingga 26 tahun. Kanser pangkal rahim boleh dirawat dengan sepenuhnya jika ia dikesan dan dirawat awal. Ia adalah disyorkan bahawa perempuan mendapatkan rutin pemeriksaan Pap smear dan disusuli jika perlu supaya sebarang masalah boleh dikesan sebelum kanser terbentuk. Ingatlah bahawa pencegahan adalah sentiasa lebih baik daripada merawat.

Kanser pangkal rahim boleh dirawat dengan sepenuhnya jika ia dikesan dan dirawat awal. Ia adalah disyorkan bahawa perempuan mendapatkan rutin pemeriksaan Pap smear dan disusuli jika perlu supaya sebarang masalah boleh dikesan sebelum kanser terbentuk. Ingatlah bahawa pencegahan adalah sentiasa lebih baik daripada merawat.

Bagaimana ia berjangkit

  • Biasanya berjangkit melalui sentuhan pada bahagian kemaluan, paling kerapnya adalah semasa aktiviti seksual melalui dubur dan faraj – virus ini boleh berjangkit dari sentuhan tangan-ke-kemaluan, tangan-ke-dubur dan mulut-ke-kemaluan melalui liang kecil pada permukaan kulit semasa hubungan seks.
  • Penderaan seksual di kalangan kanak-kanak juga boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak menjangkiti ketuat kemaluan.
  • Transmisi bukan seksual yang lain seperti transmisi virus dari ibu ke bayi menerusi salur kelahiran semasa bersalin – dalam kes ini, bayi boleh mendapat Juvenile-Onset Recurrent Respiratory Papillomatosis (JORRP) yang boleh menghalang saluran pernafasan dan mengakibatkan kesukaran untuk bernafas. Bayi-bayi ini mungkin memerlukan pembedahan untuk melegakan halangan tersebut. Sesetengah kanakkanak mungkin memerlukan sebanyak 10 kali pembedahan setiap tahun. Kira-kira 1-3% kanak-kanak mati akibat keadaan ini.

Perhatian: Dalam usaha pencegahan kanser pangkal rahim, Kementerian Kesihatan Malaysia kini memberikan imunisasi HPV percuma untuk semua kanak-kanak perempuan Tingkatan 1 dan berumur 13 tahun di semua sekolah dan klinik kesihatan kerajaan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kementerian Kesihatan Malaysia pada talian: 1800-88-1478 (HPV).

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen