Pengasuhan Positif

Sejauh Mana Pengetahuan Anda Tentang Pemakanan?

QUIZ

  1. Kanak-kanak boleh makan makanan yang bergula kerana mereka memerlukan tenaga.

    Betul/Salah

  2. Kanak-kanak patut minum susu tanpa lemak kerana susu penuh krim mengandungi terlalu banyak lemak.

    Betul/Salah

  3. Jus buah-buahan boleh menjadi sebahagian daripada diet kanak-kanak.

    Betul/Salah

  4. Pengambilan snek akan menyebabkan kanak-kanak tidak berselera semasa waktu makan utama.

    Betul/Salah

  5. Saya patut beri anak saya makanan yang disukainya sahaja.

    Betul/Salah

  6. Kanak-kanak yang tidak cukup makan akan kekurangan zat makanan.

    Betul/Salah

  7. Anak saya lebih kecil daripada kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Ada sesuatu yang tidak kena.

    Betul/Salah

  8. Mengambil suplemen multivitamin adalah baik untuk kanak-kanak.

    Betul/Salah

BERAPA MARKAH ANDA?

0 – 4 Simpan buku resipi dan baca buku mengenai pemakanan kanak-kanak. Anda perlu belajar dari peringkat asas!

5 – 6 Anda mempunyai pengetahuan asas yang baik. Banyakkan membaca untuk menambah pengetahuan.

7 – 8 Si manja berada dalam jagaan yang baik! Sekaranglah masanya untuk anda mengamalkan apa yang anda ketahui.

ADAKAH JAWAPAN ANDA BETUL?

  1. Salah.

    Makanan dan minuman yang bergula mempunyai kalori tinggi dan kurang nutrien. Pengambilan gul berlebihan boleh menyebabkan lebihan berat badan dan kerosakan gigi. Anda tidak seharusnya menghalang sama sekali anak anda mengambil makanan bergula (ini akan menyebabkan mereka lebih tertarik kepadanya). Sebaik-baiknya, hadkan pengambilan.

  2. Salah.

    Susu tanpa lemak atau rendah lemak tidak digalakkan untuk kanakkanak. Mereka memerlukan tenaga untuk membesar dan boleh mendapatkannya daripada susu penuh krim, yang juga mengandungi lemak penting.

  3. Betul.

    Jus buah-buahan memang berkhasiat, tetapi bukan satu kemestian dalam diet anak anda dan tidak boleh menggantikan buah-buahan segar. Apabila memberi jus buah-buahan, hadkan jumlahnya kerana terlalu banyak boleh mengakibatkan pengambilan kalori berlebihan dan lebihan berat badan. Berikanlah anak anda jus segar (tanpa ditambah gula) kerana jus yang dibeli dari kedai biasanya ditambah gula dan bahan aditif lain.

  4. Salah.

    Perut si manja kecil dan hanya boleh makan sedikit. Snek sihat, jika dimakan bersama minuman berkhasiat seperti susu, jus buah-buahan atau susu kacang soya, boleh menambah pengambilan nutrien anak anda. Waktu makan snek sangat penting. Ini kerana pengambilan snek terlalu hampir waktu makan boleh menjejaskan selera anak anda. Sebagai panduan, berikan snek sekurang-kurangnya 1 12 jam atau lebih sebelum waktu makan utama.

  5. Salah.

    Memberi makanan kegemarannya boleh menarik si manja untuk makan, tetapi dengan cara ini anda tidak dapat mempelbagaikan dietnya (lebihlebih lagi jika dia hanya suka makan biskut!). Sebagai panduan, beri anak anda pelbagai makanan yang seimbang bersama dengan makanan kegemarannya setiap kali tiba waktu makan.

  6. Betul.

    Tetapi ingatlah… ‘cukup’ bagi anda mungkin terlalu banyak untuk perut si manja yang kecil. Anda perlu bersikap realistik dan memberikan pelbagai jenis makanan pada waktu makan dan untuk snek. Anda boleh memantau berat badan si manja pada selang waktu yang tetap. Selagi si manja membesar, anda tidak perlu terlalu risau.

  7. Salah.

    Setiap kanak-kanak membesar pada kadar yang berlainan. Anda tidak perlu bimbang selagi anak anda aktif, membesar dan berat badannya bertambah. Tetapi jika berat badannya turun dan nampak pucat dan lesu, bawalah dia berjumpa doktor.

  8. Salah.

    Diet yang seimbang setiap hari dapat membekalkan vitamin dan mineral dalam kombinasi dan jumlah yang sewajarnya. Oleh itu, anda tidak perlu memberikan suplemen melainkan jika disyorkan oleh pakar pemakanan, pakar diet atau doktor perubatan.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen