Pengasuhan Positif

Pengembaraan Makan Bayi Anda

Bagi ibu bapa, makanan pelengkap adalah untuk memastikan bayi mendapat pemakanan yang cukup supaya dapat membesar dengan baik. Untuk bayi anda, ia merupakan suatu pengembaraan yang menarik untuk mencuba rasa, tekstur dan bau yangbaru (apatah lagi melihat tindakbalas ibubapa yang mengagumkan apabila dia mencampak makanan ke lantai!). Teruskan usaha anda untuk memperkenalkan pelbagai jenis makanan yang seimbang bagi bayi anda supaya bayi bersedia untuk makan bersama ahli keluarga di meja makan kelak:

  1. Kotoran dan tekanan

    Anda harus realistik – jangan harapkan bayi anda makan tanpa bersepah. Tambahan pula, kemahiran motor dan kemahiran mengunyah masih belum berkembang sepenuhnya. Lapiklah lantai dengan surat khabar atau cadar lama. Cadar itu boleh dicuci dan digunakan semula pada waktu makan yang lain.

  2. Sudu dan jari

    Galakkan bayi anda makan dengan sudu. Walau agaimanapun, jika bayi tidak berminat, biarkan dia makan dengan jari. Tidak mengapa jika bayi anda ingin mengambil makanan dengan jari asalkan jarinya bersih. Anda juga boleh memberikan makanan yang mudah dipegang dengan jari apabila bayi berumur 8 bulan ke atas sebagai tambahan kepada sajian buburnya.

  3. Pinggan, mangkuk dan sudu yang berwarna-warni

    Sudu plastik yang tidak mudah pecah dan berwarna-warni lebih menarik di mata bayi anda. Jadi gunakanlah mangkuk, pinggan, sudu dan cawan yang menarik dan khusus untuk kanak-kanak supaya waktu makan bayi anda lebih menarik.

  4. Hidangkan makanan secara kreatif

    Makanan yang sama boleh membosankan bayi anda. Sediakan makanan dalam gaya yang berbeza-beza: anda boleh emotong roti, buah-buahan atau sayur-sayuran dalam bentuk dan saiz yang berbeza-beza, atau menyediakan buah-buahan dalam bentuk jus.

  5. Kerusi tinggi

    Gunakan kerusi bayi dengan rim di sekeliling dulang agar makanan tidak jatuh ke lantai. Ia juga harus mempunyai tali pengikat atau palang untuk mengelakkan bayi daripada tergelincir jatuh.

  6. Bertenang sepanjang masa

    Jika bayi tidak suka makanannya, jangan bimbang dan jangan memaksanya. Bayi akan mengambil masa untuk belajar makan, jadi cubalah bersabar. Jangan harapkan bayi anda boleh makan seperti kanak-kanak yang besar.

SEMUA ATAS LANTAI, TIADA DALAM PERUT

Anda mungkin tertanya-tanya adakah bayi anda mendapat makanan yang mencukupi sedangkan kebanyakan makanan bersepah di atas lantai. Sebenarnya, anda tidak perlu risau jika bayi anda masih menyusu badan kerana susu ibu dapat membekalkan kebanyakan khasiat yang diperlukan oleh bayi. Walau bagaimanapun, anda mesti cuba memastikan bayi anda makan makanan yang disediakan – sambil bayi menyuap diri sendiri, anda juga boleh menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen