Pengasuhan Positif

Menghindarkan Masalah Malpemakanan

Malpemakanan boleh didefinisikan sebagai keadaan zat pemakanan yang kurang baik akibat daripada kekurangan zat atau mengambil zat yang berlebihan.

Walaupun kebanyakan kanak-kanak Malaysia menerima pemakanan yang mencukupi, masih ada sejumlah kanak-kanak mengalami malpemakanan dalam komuniti di dalam dan di luar bandar.

Pengambilan zat yang berlebihan digabung dengan gaya hidup yang tidak aktif akan menyebabkan masalah berat badan berlebihan, sementara makanan yang tidak mencukupi akan menyebabkan anak-anak menjadi kurus. Jika anak anda menghadapi masalah kekurangan zat penting yang serius untuk jangka masa yang panjang, dia mungkin akan mengalami pertumbuhan yang terbantut.

Walaubagaimanapun, akibat malpemakanan tidak terhad kepada masalah berat badan. Kedua-dua masalah kekurangan atau berlebihan berat badan mempunyai kesan yang meluas pada tumbesaran kanak-kanak, perkembangan dan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Terdapat banyak penyebab kekurangan zat dalam kanak-kanak. Biasanya, kelebihan atau kekurangan makanan bukan disebabkan malpemakanan, tetapi kerana amalan makan yang kurang sihat. Oleh itu, adalah amat penting untuk ibu bapa menyedari punca dan akibat malpemakanan, dan sentiasa memantau tabiat makan anda mereka.

Dalam terbitan ini, kami memberi anda penjelasan dan panduan tentang perkara ini daripada para pakar. Jadi bacalah sambil belajar apa yang anda boleh buat untuk memastikan anak anda menerima pemakanan yang mencukupi untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Adakah anda tahu…

Daripada 22,032 orang di Malaysia dalam lingkungan umur 0 hingga 18 tahun:

5.4% terlebih berat badan.

13.2% kekurangan berat badan.

15.8% pertumbuhan terbantut.

Sumber: Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (NHMS III), 2006.

Untuk artikel penuh, sila download PDF di bawah:

Download PDF

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen