Pengasuhan Positif

Bijirin Penuh Amat Berkhasiat!

Adakah anda ketahui bahawa bijirin penuh telah menjadi sebahagian daripada diet kita sejak 10, 000 tahun dahulu apabila manusia memulakan aktiviti pertanian? Ia adalah sumber tenaga utama dan menjadi makanan ruji bagi kebanyakan masyarakat di seluruh dunia. Pelbagai jenis bijirin boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan – nasi, mi, roti dan sebagainya.

Bijirin Penuh Amat Berkhasiat!
Bijirin penuh dalam bentuk yang asli adalah lebih berkhasiat. Ia bukan sahaja kaya dengan serat, vitamin dan mineral tetapi juga menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan. Sebaliknya, bagi bijirin yang diproses, lapisan luar bijirin yang bernilai iaitu bran dan germa telah dibuang dan hanya endosperma sahaja dikekalkan. Semasa proses penghalusan bijirin ini, kebanyakan vitamin dan serat dalam bran dan germa akan hilang.

whole_grains_types_bm

Malangnya, ramai di antara kita hari ini lebih suka untuk mengambil bijirin yang telah diproses atau beras putih dan bukannya produk-produk bijirin penuh yang mempunyai tekstur yang lebih halus dan jangka hayat yang lebih panjang.

Manfaat-manfaat kesihatan bijiran penuh

Manfaat bijirin penuh terhadap kesihatan telah dikenalpasti seawal kurun ke-4 lagi. Ia dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung, diabetis jenis 2 dan sesetengah kanser, malah ia juga membantu dalam kesihatan penghadaman dan pengurusan berat badan!

  • Menggalakan kesihatan usus

    Makanan bijirin penuh tinggi dengan serat yang dapat membantu sistem penghadaman dengan melancarkan pergerakan najis. Oleh itu, proses membuang air besar menjadi lebih senang dan dapat mengelakkan masalah sembelit. Ia juga dikaitkan dengan penurunan risiko mendapat kanser usus besar (kolon) dan radang usus. Sesetengah serat di dalam bijirin penuh (seperti oligofruktosa dan inulin) boleh bertindak sebagai prebiotik. Ia boleh membantu menggalakkan pembiakan bakteria bermanfaat di dalam usus dan mengurangkan kadar bakteria perosak untuk memelihara kesihatan usus.

  • Melindungi daripada kanser

    Kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan bijirin penuh yang tinggi boleh membantu mengurangkan risiko sesetengah jenis kanser. Aktiviti antioksida yang tinggi serta kesan perlindungan daripada fitokimia, vitamin E, mineral dan serat yang tinggi di dalam bijirin penuh memainkan peranan yang penting dalam mencegah kanser tersebut.

  • Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

    Banyak kajian yang menunjukkan secara konsisten bahawa pengambilan bijirin penuh boleh menyumbang kepada penurunan risiko penyakit jantung. Hal ini mungkin disebabkan oleh kehadiran pelbagai komponen di dalam bijirin penuh, terutamanya serat dan fitokimia.

  • Membantu dengan pengurusan berat badan

    Hasil kajian juga telah menunjukkan bahawa pengambilan bijirin penuh boleh menurunkan risiko obesiti dan pertambahan berat badan. Serat di dalam bijirin penuh membantu memberikan rasa kenyang, dan seterusnya mengurangkan kuantiti makanan yang dimakan serta mengelakkan daripada makan berlebihan.

Mengurangkan risiko diabetis Jenis 2

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko penyakit diabetis jenis 2 juga dapat dikurangkan dengan pengambilan bijirin penuh secara kerap. Kesan ini mungkin disebabkan oleh kehadiran serat yang membantu dalam pengurusan berat badan, iaitu aspek penting dalam mengawal penyakit diabetis. Tambahan pula, serat juga diketahui dapat membantu mengawal glukosa darah bagi pesakit diabetis.

Sekarang anda tahu bahawa bijirin penuh mempunyai banyak manfaat kesihatan, cubalah untuk menggabungkan mereka ke dalam makanan harian anda. Jangan lupa juga untuk makan diet yang seimbang dan pelbagai dalam kesederhanaan, elakkan merokok dan penyalahgunaan alkohol, dan akhir sekali, dapatkan dos harian anda untuk beberapa aktiviti fizikal.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen