Pengasuhan Positif

Adakah Anak Anda Mendapat Zat Besi Yang Mencukupi?

Zat besi, salah satu mineral dalam pemakanan adalah sangat penting untuk kesihatan anak anda. Tubuh manusia memerlukan zat besi untuk membuat hemoglobin, satu protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke tisu.

Jika terdapat kekurangan zat besi dalam darah, maka badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, dan tisu dan organ tidak akan menerima oksigen yang diperlukan. Kanak-kanak yang kekurangan zat besi dari diet mempunyai risiko untuk mengalami anemia kekurangan zat besi (IDA).

Anemia kekurangan zat besi boleh bermula dengan susutan kecil jumlah zat besi dalam badan anak anda, namun jika susutan ini berlanjutan, ia boleh menjadi kekurangan zat besi dan akhirnya menyebabkan IDA.

Bagaimana anak saya kekurangan zat besi?

Anemia kekurangan zat besi boleh berlaku akibat daripada beberapa faktor. Pertumbuhan yang pesat pada bayi, kanak-kanak kecil dan terutamanya remaja, memerlukan zat besi yang lebih banyak. Kanak-kanak yang sedang membesar dan melalui pertumbuhan dan perkembangan mungkin tidak mendapat zat besi yang mencukupi daripada diet mereka untuk memenuhi keperluan mereka yang meningkat.

Selain daripada itu, IDA juga boleh berlaku apabila tubuh mengalami masalah penyerapan zat besi, kehilangan darah yang berterusan atau berlakunya kehilangan darah yang perlahan dalam saluran usus.

Bayi pramatang atau bayi dengan berat lahir rendah juga berisiko untuk mengidap IDA. Bayi yang dilahirkan cukup bulan atau dengan berat lahir yang normal dapat mengumpul simpanan zat besi yang boleh bertahan selama 4-6 bulan selepas dilahirkan. Bayi pramatang mempunyai simpanan zat besi yang kurang akibat tidak sempat menyimpan simpanan zat besi semasa dalam kandungan.

Remaja perempuan yang mengalami haid menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk anemia kekurangan zat besi, dan mereka memerlukan zat besi untuk menggantikan kehilangan darah tersebut. Kanak-kanak yang mengamalkan diet vegetarian atau pemakanan sayur-sayuran juga berisiko untuk kekurangan zat besi kerana mereka tidak makan daging, ayam, ikan dan organ dalaman yang merupakan sumber yang baik untuk zat besi. Walaupun terdapat zat besi dalam sayur-sayuran, bijirin, dan buah-buahan, zat besi daripada sumber tumbuhan tidak dapat diserap sebaik zat besi daripada sumber haiwan.

Perhatikan tanda-tanda anemia kekurangan zat besi

Tanda-tanda dan gejala-gejala anemia adalah sukar untuk dikesan kerana jumlah zat besi dalam tubuh anak anda menyusut secara perlahan. Namun apabila anemia semakin teruk, beberapa tanda seperti ini mungkin timbul:

  • Keletihan dan lemah
  • Sesak nafas, kelihatan pucat
  • Kadar denyutan jantung yang laju (dalam usaha untuk mengepamkan jumlah darah dan oksigen yang sama ke dalam badan)
  • Kurang selera makan
  • Pening atau sakit kepala

Jika anda perhatikan gejala-gegala ini pada anak anda, bawalah dia berjumpa dengan doktor. Doktor akan menjalankan satu ujian darah yang mudah untuk menentukan sama ada anak anda mengalami anemia kekurangan zat besi. Doktor mungkin memberi suplemen zat besi untuk memulihkan simpanan jumlah zat besi dalam tubuhnya.

Jangan sesekali memberi anak anda suplemen zat besi sebelum mendapatkan nasihat daripada doktor kerana zat besi yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Bagaimanakah boleh saya bekalkan zat besi yang mencukupi untuk anak saya?

Anaemia signs and symptoms are hard to detect because the amount of iron in your child’s body depletes slowly. But as the anaemia progresses, some of these symptoms may appear:

  1. Jika anak anda masih bayi, susukan dengan susu ibu sehingga berumur 6 bulan kerana susu ibu mengandungi nutrien yang mencukupi. Anda boleh memperkenalkan bijirin yang diperkayakan dengan zat besi, di samping meneruskan pemberian susu ibu selepas itu. Bayi yang diberi susu formula bayi pula perlu diberikan susu formula yang diperkayakan dengan zat besi.
  2. Berikan anak anda diet seimbang yang kaya dengan zat besi. Ini termasuk makanan seperti daging merah, ayam, ikan dan organ dalaman seperti hati, bayam dan sayur-sayuran berdaun hijau yang lain, telur, tofu, kekacang dan bijirin, buah-buahan, bijirin dan roti yang diperkayakan dengan zat besi. Penyerapan zat besi akan meningkat jika makanan yang kaya dengan zat besi diambil bersama dengan makanan yang juga kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan (jambu, oren dan betik) dan sayursayuran berdaun hijau.

Anemia adalah senang untuk dirawati dan ia jarang menjadi serius atau mengancam nyawa. Namun begitu, jika ia tidak dirawati, ia boleh menyebabkan masalah pembelajaran dan imuniti yang rendah. Oleh itu, diet seimbang yang kaya dengan zat besi adalah sangat penting. Didik dan biasakan anak anda mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat seawal mungkin untuk mengelakkan kekurangan zat besi dan anemia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen