Pengasuhan Positif

Penjagaan Kulit

Pada waktu permulaan, mandikan bayi sekali sehari sahaja. Terlalu kerap mandi akan menyebabkan kulit bayi kering. Jika kulit bayi menjadi kering, sapukan sedikit losyen bayi ke bahagian yang bermasalah. Jangan guna barang penjagaan kulit yang bukan direka khusus untuk bayi kerana ia mengandungi bahan pewangi dan bahan kimia lain yang boleh merengsa kulitnya.

Bayi mungkin sensitif kepada bahan kimia yang terdapat pada pakaian baru dan lebihan sabun yang terdapat pada pakaian yang baru dibasuh. Oleh yang demikian, apabila membasuh, bilas pakaian, cadar dan selimut bayi sebanyak dua kali. Pada bulan-bulan terawal, cuci pakaian bayi berasingan daripada pakaian ahli keluarga yang lain.

Bayi mungkin mengalami pelbagai ruam yang lazim, terutamanya pada bulan pertama dan seterusnya. Biasanya tidak membahayakan, tetapi jika berterusan anda perlu mendapat nasihat doktor atau pakar pediatrik.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen