Pengasuhan Positif

Menggunakan Antibiotik Dengan Bijak

Kadang-kala, anak anda mungkin diberikan antibiotik oleh doktor apabila dia jatuh sakit. Tetapi tahukah anda bahawa antibiotik boleh membawa risiko kepada anda dan orang lain jika tidak digunakan dengan cara yang betul? Baca rencana ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang antibiotik dan juga cara anda menggunakan jenis ubat ini untuk melindungi kesihatan anak dan keluarga anda.

Apakah kegunaan antibiotik?

Antibiotik, seperti makrolida, penisilin dan sefalosporin, adalah bahan kimia untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dan kulat tertentu. Antibiotik bertindak dengan membunuh bakteria atau merencat pertumbuhannya, dan seterusnya membenarkan sistem daya pertahanan imun semulajadi untuk membasmikannya. Antibiotik tidak dapat menentang jangkitan yang disebabkan oleh virus. Keberkesanan antibiotic bergantung kepada dos dan kekerapan, dan juga jenis mikrob yang ia bertindak. Kesan sampingan yang tidak diingini seperti demam, ruam, loya, cirit-birit mungkin berlaku. Antibiotik diberi melalui oral, intravena untuk jangkitan yang lebih teruk, atau topikal seperti krim, salap pada kulit, atau titisan pada mata.

Kekebalan antibiotik

Antibiotik lazimnya berkesan untuk merawat jangkitan bakteria. Namun begitu, kebelakangan ini kes kekebalan antibiotik yang semakin meningkat membimbangkan seluruh dunia.

Kekebalan antibiotik ialah keupayaan bakteria atau kulat untuk menentang tindakan antibiotik, membolehkan mereka terus membiak walaupun dengan kehadiran antibiotik. Antibiotik menjadi kurang berkesan terhadap patogen yang kebal.

Akibatnya, bakteria terus membiak dan menular, menyebabkan penyakit berpanjangan, kerumitan serius dan juga kematian. Untuk merawat kes yang tegar, doktor mungkin perlu memberikan antibiotik lebih kuat atau bentuk rawatan lain, yang mungkin lebih mahal dan memberikan lebih banyak kesan sampingan. Tambahan lagi, bakteria yang mempunyai ketahanan antibiotik yang masih hidup boleh disebarkan kepada orang lain dan menyebabkan jangkitan yang sukar dirawat.

Apa yang menyebabkan ketahanan antibiotik?

Lebih lama sesuatu antibiotik digunakan, lebih tinggi risiko kekebalan terhadapnya. Kekebalan dikaitkan dengan penyalahgunaan antibiotik seperti preskripsi ubat sendiri, terlebih guna antibiotik sebagai profilaksis atau untuk pencegahan jangkitan semasa mengembara, atau salahguna dalam pembiakan binatang ternakan. Contohnya adalah:

  • Apabila antibiotik kerap digunakan untuk tujuan yang salah, seperti dalam jangkitan virus, dimana antibiotik sememangnya tidak bertindak ke atas virus. Bakteria yang terdedah kepada antibiotik akan membina strategi menentangnya. Akhirnya, antibiotik menjadi kurang berkesan terhadap bakteria yang perlu dirawat./li>
  • Pesakit tidak mematuhi preskripsi. Jika anda tidak mengambil antibiotik mengikut jadual, tidak habis mengambil antibiotik mengikut preskripsi atau berkongsi antibiotik, antibiotik mungkin tidak mencukupi untuk menghapuskan semua bakteria. Bakteria yang masih hidup boleh membiak dan membina kekebalan antibiotik.

Perkara yang perlu diketahui oleh ibu bapa

Berikut adalah perkara yang perlu anda ketahui untuk memastikan antibiotik terus berfungsi secara berkesan untuk kebaikan anak anda apabila dia mengambil ubat dan juga mencegah daripada membina mikroorganisma yang kebal antibiotik..

  • Antibiotik hanya boleh diberikan atas arahan doktor
  • Patuhi arahan yang diberikan, iaitu jangan berhenti sehingga habis semua ubat yang diberikan mengikut preskripsi, walaupun anak anda bermula pulih, dan jangan ambil lebih atau mengabaikan dos.
  • Antibiotik diberikan mengikut kes. Ubat yang diberikan kepada anak anda adalah berasaskan diagnosis doktor terhadap anak anda. Antibiotik yang diberikan untuk anak anda tidak harus dikongsi dengan orang lain, walaupun mereka kelihatan menghidap penyakit yang sama.

Penting!

Jika doktor anda tidak berpendapat bahawa anak anda mempunyai jangkitan bakteria, JANGAN berikan antibiotik kepada anak anda tanpa preskripsi doktor dengan menggunakan sisa ubat. Pemberian preskripsi sendiri boleh mendatangkan bahaya. Mengambil antibiotik yang salah tidak akan membuatkan anak anda lebih sihat dan mungkin menyebabkan kekebalan terhadap antibiotik.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen