Malaria, demam denggi, ensefalitis Jepun dan Chikungunya adalah penyakit yang ditularkan oleh nyamuk. Demam denggi dan penyakit Chikungunya disebabkan oleh virus-virus dan disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes.
Penyakit Chikungunya dipercayai berasal dari Afrika, sebagaimana namanya berasal dari perkataan Makonde kungunyala yang bermaksud “menjadi kering atau menjadi bongkok”. Chikungunya mengakibatkan gejala-gejala yang berpanjangan atau kronik. Secara kebetulan, ini adalah satu perbezaan utama antara Chikungunya dan demam denggi. Walaupun demam telah lama hilang, masalah sakit-sakit sendi boleh berterusan selama beberapa bulan
21 Februari 2009, sejumlah 8920 kes denggi dan 23 kematian telah dilaporkan di seluruh negara sejak 2009. Angka ini merupakan peningkatan 158% berbanding bilangan yang dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lepas – 5646 kes dan 10 kematian. Sebahagian besar daripada kes dilaporkan di Lembah Klang, manakala kes lain berlaku kebanyakannya di Perak, Johor, Pulau Pinang dan Sarawakw. Bagi Chikungunya, sebanyak 883 kes telah dilaporkan dalam jangkamasa yang sama dalam tahun ini.
Perbezaan gejala | |
Denggi | Chikungunya |
|
|
Pencegahan
Pembasmian tempat-tempat pembiakan nyamuk adalah langkah yang amat berkesan dan mudah dilakukan, tanpa menggunakan bahan kimia. Kebanyakkan nyamuk membiak dalam air yang bertakung. Pastikan tiada tempat untuk nyamuk membiak disekeliling rumah anda. Buang air bertakung didalam bekas bunga, pendingin air, tangki, baldi, piring makan haiwan dan kolam mandi burung. Buang kolam plastik yang tidak di perlukan, tayar lama, tong-tong, dan bersihkan saluran air tersumbat dan baiki paip yang bocor.
Membasmi Tempat Pembiakan | Melindungi Anak dan Keluarga Anda |
|
|
Analisis kematian berkaitan denggi pada 2008 menunjukkan bahawa 90% daripadanya boleh dicegah jika pesakit mendapatkan rawatan awal. Laporkan sebarang kes yang disyaki kepada pihak berkuasa kesihatan supaya kerja penyemburan boleh dilakukan di kawasan anda.
Komen