Seorang dalam setiap empat kanak-kanak dalam usia persekolahan mengalami masalah penglihatan. Penglihatan yang kurang baik menjejaskan keupayaan dan pembelajaran kanak-kanak kerana ia lebih menyukarkan mereka untuk melihat, belajar dan memahami. Jika tidak dirawat, masalah mata boleh menjadi lebih buruk, hingga menjejaskan personaliti dan menyukarkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Ingatlah, bila kanak-kanak mengalami masalah penglihatan, mereka menerimanya sebagai suatu keadaan normal kerana mereka tidak mendapat penglihatan yang lebih baik.
Antara tanda si manja mengalami masalah penglihatan:
- Sentiasa menggosok mata
- Amat sensitif kepada cahaya
- Sukar fokus
- Sukar menjejak objek
- Penjajaran atau pergerakan mata abnormal (selepas mencapai usia enam bulan)
- Kemerahan mata yang kronik
- Tidak berupaya melihat objek dari jarak jauh
- Sukar membaca
- Postur kepala yang abnormal apabila melihat objek
Masalah Penglihatan Yang Kerap
Masalah penglihatan biasanya boleh dibahagi ke dalam dua kategori – masalah ketara yang boleh dikesan dengan serta-merta dan masalah yang memerlukan pemeriksaan perubatan dan mengambil masa untuk dikenali pasti. Berikut adalah antara masalah yang kerap didapati:
Masalah Penglihatan Boleh Dikesan Dengan Serta-merta |
Ini adalah masalah yang jelas dan ketara kepada semua. Sama ada buta atau mata tidak sejajar, masalah penglihatan sedemikian boleh dikenal pasti dengan serta-merta. Kecederaan Otak Dan Mata Masalahnya Selepas kecederaan otak atau mata, mungkin terdapat perubahan dalam cara kanak-kanak melihat. Adakah Anak Anda Mengalaminya? YAnak anda mengadu penglihatannya berganda, juling teruk atau lebih kerap terlanggar objek berbanding sebelum kecederaan. Dia juga seolah olah mengalami masalah medan penglihatan, kedudukan mata, dan bagaimana mata bergerak. Apa Yang Patut Dilakukan Segera bawa anak anda berjumpa doktor. Buta Masalahnya Lebih daripada 20 bayi dilahirkan setiap hari dalam keadaan buta tertentu. Adakah Anak Anda Mengalaminya? Gejalanya termasuk tiada perhubungan mata antara bayi dengan ibu bapanya, tidak melihat pada objek atau permainan, tidak melihat mengikut gerakan objek, reflex keputihan pada tengah mata, kemerosotan prestasi di sekolah, kesukaran untuk mengenali orang, kerap terlanggar objek, mendapati lampu terlalu terang atau terlalu malap, juling, pergerakan abnormal pada mata Apa Yang Patut Dilakukan Jika anda mengesyaki anak anda akan kehilangan penglihatan, segera dapatkan nasihat pakar perubatan. Strabismus Dan Postur Kepala Abnormal Masalahnya Mata tidak sejajar, dengan sebelah mata merenung ke depan manakala sebelah lagi mungkin merenung ke dalam, ke atas, ke bawah atau ke luar. Adakah Anak Anda Mengalaminya? Kedudukan matanya yang tidak sejajar dapat dilihat dengan jelas dan anak anda lebih banyak menggunakan sebelah mata untuk melihat daripada sebelah lagi. Atau memiring kepala ke sisi untuk melihat objek. Apa Yang Patut Dilakukan Kanak-kanak yang mengalami masalah strabismus perlu menjalani pemeriksaan rapi oleh pakar oftalmologi atau optometri. |
Keperluan Pemeriksaan Lanjut |
Sesetengah masalah penglihatan tidak boleh dikenal pasti dengan serta merta dan memerlukan beberapa pemeriksaan dan ujian oleh doktor pakar untuk memastikan sama ada anak anda benar-benar mengalami masalah penglihatan. Penglihatan Kabur Masalahnya Keadaan ini boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti kesilapan pembiasan (rabun dekat, rabun jauh, astigmatisme), kerengsaan mata dan pemakaian cermin mata yang salah. Adakah Anak Anda Mengalaminya? Anak anda sentiasa merungut penglihatannya kabur dan dia tidak dapat melihat dengan jelas. Dia juga duduk lebih dekat dengan televisyen dan papan hitam untuk melihat dengan lebih baik. Apa Yang Patut Dilakukan Doktor pakar perlu memeriksa anak anda untuk memastikan sama ada keadaan itu berterusan atau sekejap sekejap bagi menentukan diagnosis dan rawatan. Ambliopia Masalahnya Ia juga dikenali sebagai mata malas. Masalah kurang penglihatan berlaku disebabkan kurang penggunaan mata yang normal. Adakah Anak Anda Mengalaminya? Anak anda mengadu penglihatannya kurang baik dan pening kepala disebabkan terlalu banyak tekanan ke atas mata. Apa Yang Patut Dilakukan Pastikan sama ada anak anda mengalami keadaan ini dengan membawanya menemui doktor.p> |
Penjagaan mata si manja sangat penting, tidak kira sama ada anak anda mengalami masalah penglihatan yang memerlukan perhatian pakar perubatan atau tidak. Janganlah tunggu hingga terlalu lambat. Lebih-lebih lagi, mata kita adalah tingkap pemandangan dunia.
Komen