Pengasuhan Positif

Tuna Bakar

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 12 orang)

Untuk sos putih
50g (2 sudu besar) marjerin
20g (2 sudu besar) tepung gandum
12 sudu kecil garam
225ml (1 cawan) susu segar

 

Untuk pai
360g (2 tin) isi ikan tuna (dalam air) – toskan
50g (12 biji) bawang besar, dicincang
100g (1 biji) lobak merah – potong dadu dan dicelur
50g (12 cawan) kacang pis beku – dicelur
500g (4 biji) kentang – direbus sehingga empuk dan dilenyek bersama 110 ml 12 cawan) susu dan 14 sudu garam
28g (2 sudu besar) keju mozzarella – diparut
8g (12 sudu kecil) minyak sayuran
14 sudu kecil garam
14 sudu kecil lada sulah

Cara Memasak:

  1. Untuk menghasilkan sos putih, cairkan marjerin menggunakan api yang kecil. Campurkan tepung dan garam ke dalam mentega yang telah cair, kacau selama 4-5 minit. Tuang susu sedikit demi sedikit sambil teruskan mengacau sehingga sos menjadi pekat.
  2. Untuk membuat pai, goreng lobak merah dan bawang sehingga lembut. Campurkan bawang dan lobak merah tersebut dengan tuna dan kacang pis, dan gaulkan bersama sos putih yang telah dimasak. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan campuran ini ke dalam bekas pai. Kemudian ratakan kentang bagi menutup campuran tadi. Dengan menggunakan garfu, buat corak di atas kentang dan taburkan keju. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C sehingga keperang-perangan.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 162 kcal
Kalsium : 78 mg
Protein : 13.5 g
Zat Besi : 1.2 mg
Lemak : 6 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen