Pengasuhan Positif

Teem Gok (Biskut wonton goreng)

Bahan-bahan:

A

112 cawan prun, dicincang
1 cawan apricot kering, dicincang
1 cawan kelapa parut
1 cawan gula perang
1 cawan badam, dicincang
30 kulit wonton
Minyak sawit

Arahan:

  1. Campurkan A di dalam satu mangkuk.
  2. Letakkan 2 sudu kecil campuran A di tengah-tengah kulit wonton. Lembapkan penjuru kulit dengan air dan lipat kepada dua untuk membentuk segitiga.
  3. Tekan penjuru kulit supaya melekat. Tutup dengan kain lembap untuk mengelakkannya kering.
  4. Panaskan 1 atau 2 inci minyak. Goreng wonton sehingga bewarna kuning keemasan. Toskan.
  5. Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Idea hidangan:

  • Anda boleh hidangkan dengan aiskrim atau sorbet. Ia juga boleh dimakan begitu sahaja sebagai snek.

Kandungan nutrien setiap hidangan

Tenaga : 283 kcal
Protein : 4.6 gram
Lemak : 13.0 gram
Serat diet : 3.5 gram

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen