Bahan-bahan:
- A
- 11⁄2 cawan prun, dicincang
- 1 cawan apricot kering, dicincang
- 1 cawan kelapa parut
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan badam, dicincang
- 30 kulit wonton
- Minyak sawit
Arahan:
- Campurkan A di dalam satu mangkuk.
- Letakkan 2 sudu kecil campuran A di tengah-tengah kulit wonton. Lembapkan penjuru kulit dengan air dan lipat kepada dua untuk membentuk segitiga.
- Tekan penjuru kulit supaya melekat. Tutup dengan kain lembap untuk mengelakkannya kering.
- Panaskan 1 atau 2 inci minyak. Goreng wonton sehingga bewarna kuning keemasan. Toskan.
- Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Idea hidangan:
- Anda boleh hidangkan dengan aiskrim atau sorbet. Ia juga boleh dimakan begitu sahaja sebagai snek.
Kandungan nutrien setiap hidangan
Tenaga | : 283 kcal |
Protein | : 4.6 gram |
Lemak | : 13.0 gram |
Serat diet | : 3.5 gram |
Komen