Pengasuhan Positif

Rumahtangga, Tempat Perlindungan Selamat Kanak-kanak Anda

Ibubapa sentiasa cuba memberi yang sebaik-baiknya kepada kanak-kanak mereka. Para ibubapa asyik risau tentang pemakanan, pertumbuhan, kesihatan, perkembangan dan pendidikan anak mereka, dan seribu satu macam benda lagi. Salah satu cabaran terbesar yang ibubapa hadapi ialah melindungi kanak-kanak dari bahaya dan malapetaka. Ini merupakan satu cabaran, sebab kecederaan yang mungkin berlaku terdapat di rumah dan juga di luar.

Walaupun anda tidak terdaya mengubahkan keadaan di luar rumah bagi menjadi lebih selamat, anda semestinya menjadikan rumah anda selamat bagi anda sekeluarga. Hampir semua kecederaan yang berlaku di rumah boleh dielakkan. Jadi, cuba mencari apakah yang berbahaya di sekitar rumah anda dan lakukanlah perubahan yang perlu. Perkara ini amat penting untuk keselamatan anak anda.

Home_make-it-safe

While you can’t do much about the dangers outside, you should make your home as safe as possible for you and your children. The good news is that almost all home injuries are preventable. Anticipate the dangers around the home and make the necessary changes. This is crucial to your child’s safety.

Tip-tip Am Keselamatan Rumahtangga

  • Jangan biarkan kanak-kanak berseorangan ataupun dikunci dalam bilik.
  • Simpan sabun pembersih, bahan peluntur warna, pencuci kotoran dan lain-lain bahan kimia yang berbahaya di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak, atau di dalam almari berkunci.
  • Simpan barang kemas, manik, pewangi, gincu, tali pinggang dan tali leher di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak bagi mengelakkan kemalangan tersekat atau tercekik.
  • Simpan semula cat, pelarut dan alatan yang digunakan sebaik sahaja habis melakukan kerja pembaikan atau kraf tangan di rumah.
  • Gunakan penutup soket plak bagi menghalang anak anda dari memasukkan jarinya atau lain-lain benda ke dalamnya.
  • Pastikan wayar alatan elektrik adalah sependek mungkin dan jangan biarkan gelangan wayar yang boleh ditarik kanak-kanak, ataupun menyebabkan kanak-kanak tercekik.

Keselamatan Semasa Bermain

  • Berikan kanak-kanak mainan yang sesuai dengan umurnya. Mainan untuk kanak-kanak yang lebih tua mungkin mempunyai bahagian kecil yang boleh menyebabkan bayi kecil tersekat nafas.
  • Tanggal dan buang pembalut mainan sebelum ia diberikan kepada anak.
  • Latih anak supaya menyimpan mainan mereka selepas selesai bermain bagi mengelakkan daripada terpijak, tergelincir atau jatuh tersangkut kaki.

Keselamatan di Ruang Tamu

  • Letak pelekat yang berwarna-warni pada paras mata anak anda pada pintu kaca bagi mengelakkan daripada anak tidak terlihat dan terhantuk pintu kaca.
  • Tutup bucu-bucu perabot yang tajam dengan kain berpad atau penghalang bucu yang terdapat di pasaran.
  • Letakkan alas getah di bawah permaidani untuk mengelakkan daripada tergelincir.
  • Elak dari menggunakan perabot yang berkaca atau mempunyai permukaan kaca. Jika anda mempunyai meja kaca, salut bahagian kaca dengan plastik kejap bagi mengelakkan kaca dari pecah dan melukai anak sekiranya berlaku kemalangan.

Keselamatan di Bilik Air

  • Pastikan pintu bilik air sentiasa ditutup.
  • Jangan sekali-kali tinggalkan anak bersendirian di dalam besen mandi atau sebarang bekas berisi air seperti baldi, kolam atau tandas, walau sekejap mana sekalipun.
  • Jangan letakkan peralatan elektrik seperti alat pengering rambut atau pencukur berdekatan sinki, besen mandi atau tandas.

Home_b

* MISK adalah program mecegah kecederaan kanak-kanak untuk orang ramai oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dengan usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan sokongan geran daripada Johnson & Johnson.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen