Pengasuhan Positif

Mulakan Asuhan Bersama Pasangan Anda

Anda dan pasangan anda berkeinginan untuk memiliki zuriat sendiri, namun sebelum anda menukar bilik tetamu menjadi bilik tidur kanak-kanak, fahami dahulu bahawa persediaan ke arah alam ibu bapa jauh lebih penting dari memilih kertas dinding atau membaca buku-buku asuhan keluarga. Persediaan bermula sebelum anda mengandung.

Nilai-nilai yang anak anda bakal warisi

Bagaimana anda dan pasangan anda melayani antara satu sama lain akan menentukan corak kehidupan masa depan anak anda ketika dia membesar. Apakah nilai-nilai yang ingin diterapkan kepada anak anda? Berbincanglah dan senaraikan nilai-nilai yang penting kepada anda berdua. Kemudian, praktikkan diri menggunakan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan anda berdua.

  • Sebagai contoh, sekiranya anda mahu anak anda menghormati orang lain, pastikan anda melakukan perkara yang sama kepada pasangan anda. Jangan suka memandang rendah pasangan anda atau bercakap kasar dengannya.
  • Sekiranya anda tidak mahu anak anda menengking sekiranya inginkan sesuatu, jangan meninggikan suara kepada pasangan anda. Hadapi semua konflik dengan matang dan selalu mengambil berat tentang perasaan pasangan anda.
  • Sekiranya anda mahu anak anda menghargai ikatan kekeluargaan, anda dan pasangan anda sepatutnya meletakkan keluarga pada tempat pertama dalam senarai keutamaan anda.

Semua keputusan yang diambil oleh anak anda dalam kehidupannya kelak akan dipengaruhi oleh sistem nilai dirinya. Jadi, janganlah anda berasa risau dengan membaca buku-buku tebal tentang asuhan dan keibubapaan. Amalkan sahaja nilai-nilai murni ini dan pasti anak anda akan mewarisinya.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen