Pengasuhan Positif

Menjalin Hubungan Mesra Pada Kelahiran Dan Seterusnya

Ibu bapa digalakkan menjalin hubungan mesra dengan bayi dari detik kelahiran. Ini akan meningkatkan perasaan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak. Pengalaman ini akan mempengaruhi perkembangan otak, bahasa, kognitif, persepsi dan psiko-sosial bagi bayi. Di sini, mulalah bayi belajar dan membentuk perasaan selamat dan kepercayaan terhadap orang-orang di sekitarnya. Ini merupakan dasar yang penting untuk menjalin hubungan sosial yang mesra dan sihat.

bondatbirth4

Hubungan Mesra Kasih Sayang

  • Mengenali bayi anda

    Menjalin hubungan mesra dengan si bayi akan membantu anda sedar akan watak dan kebolehannya. Anda akan tahu bahawa dia mempunyai pelbagai kemahiran sosial dan bersiap sedia menjalin hubungan dengan anda apabila mempunyai hubungan yang rapat. Dia boleh meniru mimik air muka anda dan suka mendengar suara anda. Dia juga dapat melihat pada jarak dekat dan mengikut objek bergerak dengan matanya serta menyambut sentuhan fizikal.

  • Sentuhan

    Sentuhan adalah salah satu cara komunikasi yang paling penting bagi si bayi; ia kadang-kala digelar bahasa bayi yang pertama. Sentuhan dapat memberi kesan pada kelakuan dan fisiologi si bayi, menjadikannya tenang dan selesa. Ia juga membantu si bayi menyimpan tenaga untuk menggalakkan tumbesaran dan perkembangan. Namun, anda sepatutnya sentiasa menyentuh bayi anda. Bayi yang tidak pernah didukung atau disentuh telah dibuktikan tidak dapat membesar dengan baik.

  • Menjalin hubungan melalui renungan

    Secara semulajadi, si bayi menyambut dan menjalin hubungan istimewa dengan anda apabila anda merenungnya di mata. Cara ini akan membolehkan anda mendapat senyuman bayi yang pertama.

  • Adakan perbualan

    Si bayi akan gembira mendengar anda meniru suaranya, seperti bunyi ‘coo’ dan momokan. Ini akan menggalakkannya untuk mengeluarkan suara sambil mendengar dan menyambut perbualan anda. Ini adalah cara bermula perbualan dengan bayi.

  • Nikmati menyusu si bayi

    Memberi susu ibu pada bayi dapat merapatkan hubungan anda berdua. Si bayi dapat membau anda dan merasakan kasih sayang anda terhadapnya. Merenungnya kerap di mata dan memegang tangan dan kaki sambil menyusu akan merapatkan lagi hubungan anda berdua.

bondatbirth3

Kasih sayang dan Sokongan

Menjalin hubungan mesra adalah paling baik dan senang jika suami, keluarga mertua dan yang lain memberi sokongan, namun memberi anda peluang menghabiskan lebih masa tersendiri dengan bayi. Para ibu yang sentiasa mendapat sokongan dan galakkan semasa kehamilan, kelahiran dan selepas itu akan lebih yakin dalam peranannya dan menunjukkan lebih kasih saying pada bayi mereka. Mereka mendapat lebih kepuasan semasa menjaga bayi dan menyambut bayi mereka dengan lebih positif. Ini adalah terutamanya bagi para ibu yang mempunyai bayi tidak cukup umur atau bayi istimewa.

Persoalan Tentang Hubungan Mesra Dengan Bayi

  • Keletihan selepas kelahiran normal.

    Anda boleh menjalin hubungan mesra dengan bayi sejurus selepas kelahiran. Jika anda penat selepas kelahiran, anda patut berehat dan menjalin hubungan dengannya selepas itu. Anda boleh meminta supaya katil bayi diletakkan besebelahan dengan anda semasa di hospital. Dengan cara ini, anda boleh menghabiskan lebih masa dengannya apabila dia terjaga dan tidur apabila dia juga berbuat demikian.

  • Kelahiran melalui pembedahan.

    Jika anda melalui pembedahan, anda mungkin tidak sedar atau rasa mabuk selepas itu. Apabila anda sudah sembuh dari kesan ubat bius, anda akan mengalami kesusahan mendukung bayi. Jika boleh, bincang dengan ahli obstretrik tentang epidura atau pembiusan pada bahagian tulang belakang yang tidak akan membuat anda mabuk selepas pembedahan dijalankan. Cuba menghabiskan masa dengan bayi di bersebelahan anda dan menyusunya dengan menggunakan posisi ‘football hold’ (dibawah lengan, disokong oleh bantal) untuk mengelakkan tekanan pada abdomen anda. Sila minta pertolongan. Jika anda tidak memilih kelahiran melalui pembedahan, anda mungkin berasa kecewa kerana tidak dapat menjalinkan hubungan mesra dengan bayi dengan senang dan selesa. Berkongsilah perasaan dengan suami supaya dapat merasa lega tentang situasi ini. Apabila anda dalam proses penyembuhan, biarkan jururawat menjaga si bayi sambil anda berehat kerana terdapat banyak masa lagi untuk anda selepas itu.

  • Bayi tidak cukup umur.

    Ia adalah penting supaya anda tidak rasa sedih atau bersalah tentang bayi anda yang lahir tidak cukup umur. Jika dia dimasukkan ke dalam inkubator, anda masih boleh mengusapnya melalui lubang alat tersebut. Pada waktu ini, anda tidak dapat menyusunya tetapi anda boleh mengeluarkan susu yang akan disalurkan kepada bayi anda. Apabila dia sudah stabil, anda boleh mendukungnya. Pegangnya di dalam baju sambil bersandar pada dada antara payu dara; tindakan ini akan memastikan badannya panas dan selamat.

  • Kemurungan post-partum.

    Sesetengah wanita kadang-kala mengalami perasaan kecewa untuk masa yang singkat selepas kelahiran kerana tidak mengalami kelahiran yang ‘sempurna’. Dalam kes tertentu, ibu mungkin tidak menyambut bayi sama sekali. Wanita ini dinasihatkan agar banyak berehat supaya dapat sembuh dengan cepat dan tidak sepatutnya memaksa untuk menjalin hubungan mesra atau menjaga anak mereka. Bagi wanita yang mengalami kemurungan pula, mereka perlu diberi bantuan dengan segera. Keadaan ini sangat berbahaya kerana mereka mungkin mencederakan diri dan bayi. Bayi perlu dijaga oleh orang lain sehingga mereka sembuh dan dapat menyambut anak mereka.

Apakah pula peranan si bapa?

Seorang bapa perlu tahu bahawa dia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan bayinya. Oleh itu, adalah unggul jika dia boleh menjalinkan hubungan mesra dengan bayi sejurus selepas kelahiran. Tindakan ini akan memberi bayi rasa kepunyaan dan memantapkan tumbesaran dan perkembanganya dari segi emosi, sosial dan mental.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen