Pengasuhan Positif

Membesarkan Anak Kembar Sebagai Individu

Biasanya anak-anak kembar menginginkan identiti mereka tersendiri yang akan membezakan mereka daripada pasangan kembar mereka. Tetapi, mereka sering dilihat sebagai satu pakej daripada saat mereka dilahirkan. Ini boleh mengehadkan peluang mereka untuk membentuk keperibadian dan minat mereka tersendiri. Akibatnya, anak kembar anda mungkin akan mengalami beberapa kesukaran yang berikut semasa membesar:

  • Rasa kurang bebas dalam perlakuan dan membuat keputusan sendiri, dengan anggapan ia seharusnya sama.
  • Sukar berkembang personaliti dan minat individu tersendiri.
  • Menghadapi kesukaran untuk berkembang kerana rasa seakan akan mereka sentiasa dibandingkan dengan adik kembarnya.

Sebagai ibu bapa, anda digalakkan untuk membesarkan anak kembar anda sebagai individu tersendiri daripada kecil lagi supaya mereka boleh melalui pelbagai proses perkembangan untuk membeza dan membentuk kebolehan mengekpresi diri secara optimum sebagai seorang individu. Di sini terdapat beberapa tip untuk anda.

Galakkan keindividuan dalam anak kembar anda. Sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab anda untuk membesarkan anak kembar anda untuk menjadi individu-individu yang unik dan hebat.

Anak kembar tidak sepatutnya dianggap sebagai satu pakej. Anda mungkin terpesona dengan keistimewaan ‘kembar’. Lihatlah anak kembar anda sebagai dua orang yang berlainan dan bukannya sebagai orang yang sama.

Luangkan masa satu-dengan-satu. Pastikan anda memeluk, berbual atau melakukan sesuatu aktiviti bersendirian dengan setiap anak anda setiap hari. Dengan perhatian individu, mereka rasa diri didengari, diambil berat dan membolehkan anda lebih menghargai mereka sebagai individu.

Menyesuaikan Kemahiran Keibubapaan. Sesuaikan cara keibubapaan supaya memenuhi keperluan anak kembar anda secara berasingan.

Jangan sesekali membandingkan anak kembar anda. Seperti kanak-kanak lain, anak kembar anda mungkin berkembang pada tahap dan masa mereka sendiri, mengikut bakat tersendiri yang perlu mereka terokai sendiri.

Ketahui minat mereka. Anak kembar boleh mempunyai minat yang sangat berlainan dan gemar perkara yang berbeza. Galakkan mereka untuk meneruskan minat, hobi dan mencari kawan-kawan mereka sendiri.

Berikan pujian secara berasingan. Ini merupakan salah satu cara untuk menggalakkan mereka mempunyai minat tersendiri. Mereka akan menghargai jaminan yang anda berikan apabila mereka melakukan segala-galanya sendiri.

Pertimbangkan untuk memasukkan anak kembar anda dalam kelas atau aktiviti sosial berasingan. Ini akan membantu menggalakkan mereka bergaul dengan kanak-kanak lain di samping membenarkan mereka mencari apa yang mereka suka dan minat sebagai individu.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen