Pengasuhan Positif

Mapo Taufoo

Bahan-bahan:

(Saiz hidangan – 1/2 cawan. Untuk 4 hidangan)

150 g daging ayam, dipotong dadu kecil
3 keping tauhu (kelembutan sederhana)
1 biji cili segar, dihancurkan
1 sudu besar tau choo (kacang soya yang ditapai)
12 cawan pati ayam
1 daun bawang, dicincang kepada kepingan sepanjang 3 cm
12 sudu besar minyak masak
Campuran 2 sudu kecil tepung jagung dengan 1 sudu besar air

Campuran sos perap:

1 sudu kecil tepung jagung
2 sudu kecil kicap
1 sudu besar air

Cara Memasak:

  1. Rendamkan ayam dalam sos perap selama 20 minit.
  2. Potongkan tauhu ke dalam kepingan dadu 1 cm persegi.
  3. Panaskan air dalam kuali. Gorengkan ayam yang direndam bersama cili merah dan tau choo. Lecekkan tau choo dengan senduk.
  4. Tambahkan tauhu dan goreng.
  5. Tambahkan pati ayam dan campuran tepung jagung. Kurangkan panas. Masak selama lebih kurang 4 minit.
  6. Gaulkan daun bawang bersama. Hidangkan dengan lada Szechuan yang baru dihancurkan, jika dikehendaki.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 134 kcal
Kalsium : 96.5 mg
Protein : 12 g
Zat Besi : 2 mg
Lemak : 7 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen