Pengasuhan Positif

Kanak-kanak Di Dalam Kereta

Apabila anda menjadi seorang ibubapa, anda perlu memikirkan bukan sahaja keselamatan diri sendiri, tetapi keselamatan anakanak anda. Ada sesetengah perkara yang tidak boleh dielakkan, namun anda harus melakukan apa yang termampu untuk menghalang kemalangan jalan raya daripada mencederakan atau membunuh anak anda.

  1. Tempat duduk keselamatan.

    Sekiranya kemalangan berlaku, tiada apa-apa yang mampu melindungi anak anda selain tempat duduk keselamatan khas untuk kanak kanak yang dipasang dengan baik di dalam kereta. Tempat-tempat duduk khas ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa anak anda. Terdapat pelbagai jenis tempat duduk bagi kanakkanak dengan umur dan saiz badan yang berbeza. Jadi pastikanlah yang anda membeli tempat duduk yang sesuai untuk anak anda. Tempat duduk bayi adalah untuk bayi berumur 12 bulan ke bawah (atau mempunyai berat 10 kg) dan dipasang menghadap bahagian belakang kereta. Tempat duduk yang boleh diubahsuai adalah untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun dan boleh dipasang menghadap bahagian depan atau belakang kereta, bergantung kepada berat badan kanak-kanak tersebut. Tempat duduk ‘booster’ adalah untuk kanak-kanak berumur 4-10 tahun atau yang mempunyai berat badan antara 18 kg dengan 22kg. Tempat duduk ini mengangkat kanak-kanak kepada ketinggian di mana mereka dapat menggunakan tali keledar untuk orang dewasa dengan selamat. Sekiranya anda tidak pasti tempat duduk keselamatan yang mana anda harus beli, tanyalah pakar pediatrik anda.

  2. Pasangkan tali keledar.

    Lakukannya untuk diri sendiri; lakukan untuk anak-anak anda, juga. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, anak-anak kecil mesti duduk di dalam tempat duduk khas. Jika anak anda sudah terlalu tinggi atau berat untuk tempat duduk ‘booster’, maka dia sudah cukup besar untuk menggunakan tali keledar dalam tempat duduk belakang kereta. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak harus dibenarkan duduk di tempat duduk penumpang di hadapan. Pada setiap waktu, pastikan bahawa pemandu serta penumpang memakai tali keledar untuk keselamatan.

  3. Patuhi had laju.

    Janganlah memandu dengan laju. Apabila hari hujan, darjah penglihatan anda amat rendah dan anda mungkin perlu memandu dengan lebih perlahan bagi memberi anda lebih banyak masa untuk bertindak jika bertemu dengan objek-objek di atas jalan raya, seperti pohon pokok yang terjatuh atau kereta yang rosak.

  4. Tumpukan perhatian.

    Berehatlah sekurang-kurangnya sejam sekali dengan berhenti di tempat rehat sebelah lebuhraya. Jika anda mengantuk, tidur sebentar, selama 15-30 minit. Berhenti dengan kerap juga akan memberi peluang kepada anakanak anda untuk menggerakkan kaki, yang akan membantu mencegah perasaan kurang selesa dan merungut. Jika perlu, ambil giliran memandu dengan suami/ isteri anda atau penumpang lain yang mempunyai lesen memandu yang sah.

  5. Berhati-hati.

    Jika pemandupemandu yang lain memandu secara berbahaya atau tanpa menghiraukan keselamatan, jauhkan diri daripada mereka. Sekiranya anda memasuki hentian rehat bagi menjauhi mereka dan mereka mengikuti anda, jangan keluar dari kereta anda! Pilihlah hentian rehat yang lebih besar di mana terdapat lebih banyak orang, dan jangan membuka kunci atau pintu kereta jika terdapat orang yang menimbulkan syak wasangka berdekatan dengan tempat anda berhenti.

  6. Kuncilah kereta.

    Kereta perlu dikunci setiap masa, bukan hanya ketika kereta tidak bergerak. Sekiranya salah seorang daripada penumpang kereta anda tidak menutup pintu dengan rapat, kunci dapat menghalangnya daripada terbuka sewaktu kereta bergerak (hingga setakat yang tertentu). Untuk keselamatan tambahan, periksa setiap pintu kereta anda dan pastikan semua pintu dikunci dengan sempurna sebelum anda sendiri masuk. Jika kereta anda dipasang dengan kunci khas yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak, gunakanlah kemudahan tersebut.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen