Pengasuhan Positif

Jus Tropika

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 4 orang)

2 biji buah oren
2 biji buah mangga
1 biji lobak merah
1 biji buah betik saiz kecil

Arahan:

  1. Cuci lobak merah dan potong kepada kepingan nipis.
  2. Buang kulit dan biji mangga, oren dan betik, kemudian potong kepada kepingan kecil.
  3. Masukkan kesemua buah-buahan tadi ke dalam pemerah buah.
  4. Minuman/jus ini menghasilkan rasa campuran masam dan manis yang lazat.

Variasi:

  • Anda boleh menggunakan apa saja buah-buahan dan sayursayuran pilihan anda. Buah-buahan berwarna seperti oren dan merah membekalkan beta-karoten (prekursor vitamin A).
  • Untuk lebih kandungan serat, gunakan pengisar dan bukan pemerah jus.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 115 kcal
Vitamin A : 303 µg RE
Protein : 4 g
Lemak : 1 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen