Pengasuhan Positif

Biskut Mil Oat Enak

Ramuan

34 cawan marjerin
114 cawan gula perang
1 telur, dipukul sedikit
13 cawan susu
112 sudu teh vanila
3 cawan oat gulung
1 cawan tepung serbaguna
12 sudu kecil soda bikarbonat
14 sudu kecil serbuk kayu manis
1 cawan kismis
1 cawan kacang walnut, dicincang

Cara Menyediakan

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Griskan sedikit kertas pembakar di atas dulang pembakar.
  2. Pukul marjerin dengan gula perang dan vanila hingga ringan. Tambahkan telur sedikit demi sedikit; pukul sebati.
  3. Masukkan susu dan pukul semula hingga sebati.
  4. Ayakkan tepung bersama serbuk kayu manis dan soda bikarbonat. Masukkan oat, walnut dan kismis.
  5. Tambahkan adunan ke dalam campuran marjerin dan kacaukan hingga bercampur.
  6. Ambil beberapa sudu besar adunan tadi dan gulung menjadi bebola dan aturkan di atas kertas pembakar biskut. Jarakkan sekurangkurangnya sejauh 2 inci supaya boleh kembang semasa dibakar.
  7. Bakar pada suhu 180°C selama 10-13 minit, atau hingga keperangan sedikit.
  8. Sejukkan selama 2 minit di atas rak sebelum diangkat daripada dulang.

Kandungan nutrien setiap hidangan

Kalori : 110 kcal
Karbohidrat : 15.4 g
Protein : 1.8 g
Lemak : 4.7 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen