Pengasuhan Positif

Bermain Secara Selamat & Bijak

Alat permainan bukan sahaja membentuk memori penting masa zaman kanak-kanak, malah berperanan membantu perkembangan kanak-kanak. Namun, kecederaan barang mainan boleh berlaku.

Jadilah ibu bapa yang ‘cerewet’ apabila memilih alat permainan untuk anak anda. Ambil setiap langkah wajar bagi memastikan alat permainan mereka adalah selamat dan bersesuaian dengan usia serta peringkat perkembangannya.

Bahaya Alat Permainan yang Perlu Diawasi

Berikut adalah beberapa jenis alatan yang perlu dijauhkan daripada anak kecil anda.

Elakkan Bahaya Contoh
Penjuru dan bucu tajam Boleh secara tidak sengaja meluka, mencucuk atau menikam anak anda
  • Peralatan berpenjuru tajam akibat pembuatan yang kurang baik.
  • Alat permainan diperbuat daripada gelas atau plastik rapuh; mudah pecah dan meninggalkan penjuru atau bucu tajam.
  • Pakaian dan aksesori anak patung yang mempunyai pin dan stapel.
  • Anak panah dan damak yang bukan untuk kanak-kanak.
Objek kecil Boleh menyebabkan tercekik
  • Alat permainan kecil dan mempunyai bahagian kecil yang mudah terkeluar.
  • Until-until kecil di dalam mainan lembut sumbat boleh terkeluar akibat pembuatan yang kurang baik.
Bunyi kuat Boleh menyebabkan kerosakan pendengaran
  • Kerincing, barang permainan berciut-ciut dan bermuzik yang menghasilkan bunyi kuat.

Memilih Permainan yang Selamat

Langkah pertama untuk memilih alat permainan selamat adalah dengan membaca label dengan teliti bagi memastikan ia adalah:

  • Bersesuaian dengan usia anak anda; barang mainan untuk kanak-kanak yang lebih tua mungkin berbahaya di tangan kanak-kanak muda.
  • Cukup besar supaya tidak boleh tercekik.
  • Tidak berantai atau bertali panjang yang boleh menyebabkan bahaya terjerut. Panjangnya tidak patut melebihi 30cm.
  • Mainan disumbat boleh dicuci, tidak mengandungi stapel di dalamnya dan bahagian kecil yang dijahit tidak mudah ditanggalkan.
  • Dicat dengan cat bebas plumbum dan tidak mengelupas.
  • Tidak mempunyai pin, stapel atau paku yang terdedah.
  • Diperbuat daripada bahan-bahan tidak bertoksik.

Alat Permainan Bersesuaian Usia

Barang mainan bukan sahaja perlu selamat, malah sesuai dengan usia mereka. Dengan itu, anak anda kurang terdedah kepada bahaya daripada barang mainan dan boleh gembira bermain serta memperolehi manfaat daripadanya.

0-6 bulan – Bayi akan belajar mencapai dan mengenggam apa yang mereka lihat (koordinasi mata-tangan). Barang mainan yang sesuai termasuk kerincing ringan, alat permainan daripada getah yang berciut-ciut, kotak-kotak dan barang permainan untuk tab mandi yang boleh timbul.

6-8 bulan – Kini bayi sudah boleh memegang barang mainan kecil; mereka suka memindahkan barang permainan daripada tangan ke tangan. Cuba bola ringan diperbuat daripada kain, blok bergambar dan barang permainan mobil (yang boleh ditolak ke sana ke mari).

8-18 bulan – Bayi mula bereksperimen dengan saiz, bentuk dan ruang. Barang mainan sesuai adalah jenis tolak/tarik (seperti troli kecil), blok-blok, gegelung pada tiang, penyusun bentuk, barang mainan mudah dicerai dan buku bergambar.

18-24 bulan – Kanak-kanak bertatih suka berimaginasi. Anda boleh dapatkan anak patung, set permainan dapur/minum teh, permainan rumah dan kereta mainan (seperti set keretapi, lori) untuk anak.

2-4 tahun – Kanak-kanak bertatih akan mengembangkan kemahiran dalam pelbagai bidang. Ibu bapa boleh memberi alat permainan yang membantu perkembangan kanak-kanak, seperti bahan seni untuk membentuk kreativiti, teka-teki mudah dan set pembinaan untuk membantu kemahiran motor halus dan kasar, set bola keranjang miniatur serta peralatan permainan luar untuk melatih kemahiran fizikal.

Data & Fakta

Di Amerika Syarikat, dalam tahun 2008, telah dianggarkan sebanyak 235,300 kecederaan berkaitan dengan, walaupun tidak semestinya akibat barang permainan dirawawti di jabatan kecemasan.

  • Lebih kurang 35% daripadanya berlaku pada kanak-kanak yang lebih kecil daripada 5 tahun.
  • Bahagian yang paling lazim terjejas adalah kepala dan muka, merupakan 45% daripada kecederaan yang dianggar.
  • Terdapat 19 kes kematian berkaitan dengan alat permainan dalam kanak-kanak daripada usia 8 bulan hingga 9 tahun.

Sumber: United States Consumer Product Safety Commission (US CPSC)

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen