Pengasuhan Positif

Ayam Pilau

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 5 orang)

50g (14 cawan) dal kuning, basuh, rendam selama 1 jam dan toskan.
625ml (212 cawan) air
15g (112 sudu makan) minyak sayuran
100g (1) bawang besar, dihiris
5g (1cm) halia, dicincang halus
20g (4 ulas) bawang putih, dicincang halus
3g (1) bunga lawang
2g (3) bunga cengkih
300g (212 ketul) dada ayam, dibuang kulit, potong kepada ketulan kecil, diperam bersama garam, lada sulah, dan serbuk kunyit
180g (1 cawan) beras
10g (1) daun pandan, dibasuh dan disimpul
Garam secukup rasa
60g (12 saiz sederhana) lobak merah, dipotong nipis
50g (1) tomato, dipotong baji

Cara Memasak:

  1. Masak kacang dal dalam 112 cawan air sehingga lembut tetapi tidak benyek. Bila dal sudah masak, tutup api dan ketepikan.
  2. Tumis hirisan bawang besar, halia, bawang putih, bunga lawang dan bunga cengkih dalam periuk.
  3. Masukkan ayam dan kacau hingga warna perang.
  4. Masukkan beras dan gaul rata. Tambah 1 cawan air, daun pandan dan garam.
  5. Masak hingga hampir kesemua air telah diserap.
  6. Masukkan kacang dal dan lobak merah. Tutup periuk, perlahankan api dan teruskan sehingga nasi masak.
  7. Gaul sebati dan tambahkan potongan tomato sebelum menghidangkannya.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 222 kcal
Kalsium : 38 mg
Protein : 7.4 g
Zat Besi : 1.4 mg
Lemak : 5.0 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen