Pengasuhan Positif

Selesaikan Konflik Secara Sihat

Dua insan dengan perwatakan dan keperluan yang berbeza dalam menangani tanggungjawab sebagai ibu bapa, tekanan kewangan, kerjaya dan sebagainya pasti boleh menimbulkan pertelingkahan. Konflik bertindak seperti sistem amaran yang menagih perhatian terhadap isu yang lebih mendalam dan memerlukan penyelesaian. Masalahnya, konflik timbul bukan disebabkan ketiadaan persefahaman, tetapi disebabkan kegagalan menanganinya dengan cara yang sihat.

  1. Kenal pasti punca konflik

    Tulis perkara yang anda ingin bincangkan kerana ini memudahkan anda berfikir dan berhujah secara logik. Cari isu sebenar yang menimbulkan masalah berterusan.

  2. Ketahui perasaan anda

    Apa yang anda rasai sebenarnya bukan perasaan marah. Anda mungkin merasa tersinggung atau kecewa. Kenal pasti dan nyatakan perasaan anda secara jujur dan terbuka, jangan berdolak-dalik. Apabila kita yakin bahawa suara hati kita sudah didengari dan difahami, maka lebih mudah untuk kita mengorak langkah seterusnya.

  3. Tumpukan kepada penyelesaian

    Kenal pasti penyelesaian yang anda berdua ingini dan bincangkan penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak, bukan sesuatu yang menyimpang terlalu jauh daripada kemahuan pasangan anda dan memaksa dia menerimanya.

  4. Dengan, dengar, dengar

    Dengar apa yang dikatakan oleh pasangan anda tanpa membuat sebarang tanggapan terlebih dahulu. Jangan mencelah (sama ada secara lisan mahupun dalam fikiran!) dan sentiasa dapatkan penjelasan tentang apa yang dikatakannya sebelum menyuarakan pandangan anda.

  5. Bersedia untuk memaafkan

    Maafkan pasangan anda jika kata-kata dan perbuatannya menyinggung perasaan anda. Kesediaan anda untuk memaafkannya boleh melembutkan hati pasangan anda untuk menyelesaikan konflik.

  6. Ketahui masa untuk ‘bertenang’

    Jika tiada jalan penyelesaian dan keadaan tidak dapat dikawal, asingkan diri untuk mencar ketenangan secara fizikal dan emosi supaya anda dapat menyambung perbincangan dengan tenang dan dengan perasaan yang tidak bercampur.

Tanda-tanda konflik

  1. Rasa tidak selesa. Anda rasa ada yang tidak kena tetapi tidak dapat mengenal pasti masalah sebenar.
  2. Konflik kecil. Kejadian kecil yang tidak sepatutnya diperbesar menimbulkan kemarahan anda.
  3. Salah faham. Anda cepat melenting dan membuat tanggapan yang salah terhadap tindakan pasangan anda.
  4. Ketegangan. Perasaan negatif, tidak senang, bila bersama pasangan anda.

Apabila terdapat konflik, jangan sama sekali …

  1. Meminta anak-anak memihak kepada sesiapa.
  2. Menjerit, memekik, bertindak kasar atau berkelakuan tidak senonoh.
  3. Mengancam, atau benar-benar, keluar dari rumah. Masuk ke bilik lain jika keadaan tidak dapat dikawal.
  4. Memaki hamun satu sama lain.
  5. Melibatkan anggota keluarga lain terutama sekali mentua.
  6. Mengungkit perkara lama yang sepatutnya sudah diselesaikan.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen