Walaupun setiap kehamilan adalah berbeza, namun sakit abdomen adalah rungutan biasa ibu-ibu hamil. Mungkin ia adalah tanda kepada sesuatu yang serius, tetapi biasanya ia merupakan reaksi badan terhadap pelbagai perubahan yang dialami semasa kehamilan.
Punca sakit perut
- Implantasi: Semasa implantasi janin pada dinding rahim, akan berlaku sakit kejang otot seperti semasa haid. (Nota: Ini berlaku pada peringkat awal kehamilan, sebelum kebanyakan wanita sedar mereka hamil).
- Penegangan tisu-tisu sokongan: Selepas trimester kedua, otot-otot dan ligamen yang menyokong rahim menegang untuk memberi ruang bagi tumbesaran bayi.
- Kontraksi palsu: Semasa trimester kedua dan ketiga, anda mungkin akan mengalami kontraksi palsu atau kontraksi Braxton Hicks, yang boleh menyebabkan anda rasa sakit atau tidak selesa.
- Masalah penghadaman, angin, sembelit atau pedih ulu hati yang disebabkan perubahan hormon akan melambatkan kadar proses penghadaman anda.
Mencegah sakit perut
- Elakkan pergerakan mengejut, seperti berpusing pada bahagian pinggang atau membongkok.
- Jika anda perlu mengutip barang dari lantai, ambil dengan bercangkung disokong oleh perabot atau dinding.
- Elakkan daripada duduk, berdiri atau berbaring tanpa bergerak lebih daripada 30 minit (kecuali anda tidur lena).
- Elakkan sajian makanan berat, makanlah makanan sihat dalam jumlah kecil sepanjang hari.
- Minumlah banyak cecair (susu, jus buah tanpa ditambah gula atau air kosong)
Melegakan sakit perut
- Bongkok ke arah bahagian sakit sambil bernafas seperti biasa.
- Duduk di kerusi yang selesa, angkat kaki, tarik dan lepas nafas sama rata.
- Ubah posisi duduk atau bangun dan berjalan.
Komen