Pengasuhan Positif

Nikmati Waktu Makan Bersama Keluarga Anda

Waktu makan merupakan masa yang istimewa untuk anda dan si manja anda. Ia mungkin merupakan satusatunya masa dalam sesuatu hari di mana keluarga anda dapat berkumpul bersama sama. Waktu makan memberi peluang kepada anda untuk menggalakkan perkembangan si manja anda, melatih dan memantau kelakuan mereka serta menikmati kehadiran masing masing. Kebaikan makan bersama keluarga sememangnya tiada penghujungnya.

Sebagai ibu bapa, anda boleh membentuk budaya rumah anda. Jadi, pastikan anda mengadakan waktu makan bersama keluarga yang tetap. Galakkan setiap ahli keluarga duduk bersama di meja makan. Kajian menunjukkan bahawa bilangan keluarga yang masih makan bersama adalah tinggi pada 80%, tetapi kadar ini sedang menurun dengan cepat di bandaraya yang pesat membangun.

Pastikan Pengalaman Waktu Makan yang Lebih Baik

  1. Jangan Menggesa

    Hargai setiap saat keluarga anda meluangkan masa bersama di meja makan. Berikan masa yang cukup untuk menikmati makanan dan kehadiran masing-masing. Elakkan daripada menggesa anak anda menghabiskan makanannya, asalkan dia menghabiskannya dalam jangka masa yang munasabah.

  2. Berbual Tentang Perkara yang Menyenangkan

    Bermatlamatlah untuk berbual tentang sesuatu yang menggembirakan dan menyenangkan semasa waktu makan. Pastikan anda melibatkan semua orang di dalam semua perbualan. Elakkan dari membangkitkan topik yang tidak menyenangkan atau mengenakan hukuman semasa waktu-waktu makan.

  3. Berkongsi Tanggungjawab

    Libatkan anak anda dalam proses penyediaan. Biarkan dia menyumbang idea untuk menu hidangan, bawa dia bersama membeli-belah barangan dapur dan biarkan dia membantu menyiapkan meja makan. Anak anda akan rasa bangga dan teruja untuk memakan hidangan yang telah dia bantu sediakan.

  4. Cuba Elakkan Sebarang Gangguan

    Matikan semua telefon bimbit. Mereka bukannya sebahagian daripada keluarga anda. Jika boleh, jangan menjawab sebarang panggilan telefon semasa waktu makan. Sebaliknya, alihkan perhatian anda kepada anak anda dan ahli keluarga lain.

Sebab-sebab anda patut menggalakkan anak anda untuk mempunyai waktu makan yang tetap bersama keluarga:

  • Pemakanan yang Lebih Baik. Kemungkinan bahawa anak anda akan memakan sarapan pagi dengan lebih kerap jika mereka menikmati makan bersama anda dan ahli keluarga lain. Tambahan lagi, waktu makan keluarga yang lebih kerap dikaitkan dengan peningkatan pengambilan buahbuahan, sayuran dan nutrien penting lain. Ia juga turut akan mengurangkan pengambilan makanan goreng dan minuman ringan.
  • Merapatkan Hubungan Kekeluargaan. Anda akan lebih berkemungkinan untuk memperturunkan nilai-nilai dan tradisi keluarga kepada anak anda semasa waktu makan yang tetap. Ini akan memperkukuhkan rasa kekeluargaan anak anda.
  • Kemahiran Sosial dan Komunikasi yang Lebih Baik. Makan bersama orang dewasa membolehkan anak anda memerhatikan kelakuan orang lain di dalam suasana sosial. Mereka juga berpeluang untuk berlatih kemahiran sosial mereka, menjadikannya kaedah komunikasi yang lebih canggih.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen