Pengasuhan Positif

Meringankan Kesakitan Bersalin

Kesakitan bersalin adalah sesuatu yang merisaukan bagi semua bakal ibu sepanjang tempoh kehamilan mereka. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan proses bersalin – sama ada secara semula jadi atau dengan menggunakan perencat kesakitan.

Pelega kesakitan semula jadi

Sekiranya anda memilih untuk bersalin secara semula jadi dan seselesa yang mungkin, anda mungkin boleh mempertimbang beberapa bentuk perubatan sampingan dan alternatif. Sesetengah doktor mungkin mencadangkan penggunaan teknik bersalin secara “semula jadi” sebagai bantuan penenang dan sebagai alternatif untuk menghalang kesakitan.

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan ubat bius atau ubatan untuk menghalang kesakitan, terdapat pelbagai pilihan yang ada; anda perlu mempertimbangkan pilihan ubat bius atau ubatan untuk menghalang kesakitan yang sedia ada sebelum memutuskan pilihan tersebut. Beberapa cara alternatif yang tersedia adalah:

Antara faedah bersalin secara semulajadi adalah mempunyai risiko yang rendah, membantu melegakan kesakitan dan menenangkan anda untuk menerima kesakitan sewaktu bersalin. Walau bagaimanapun, kesan daripada teknik-teknik ini bukan mudah difahami dan memerlukan pengamal yang terlatih untuk melaksanakannya (akupuntur, terapi daya tekanan badan (shiatsu) dan refleksologi).

Melegakan kesakitan dengan ubat-ubatan

Selain daripada teknik semulajadi, anda boleh memilih untuk melegakan kesakitan dengan ubatubatan. Ini termasuklah ubat bius atau ubat penenang yang selalunya diberikan sekiranya anda memilih untuk tidak mahu anestesia. Ubat-ubat ini tidak akan mengganggu kontraksi tetapi anda akan merasa mengantuk atau loya, dan ia mungkin menjejaskan kadar degupan jantung dan aktiviti bayi sejurus selepas kelahiran. Beberapa ubat bius/ubat penenang yang biasa adalah:

Nitrous oxide adalah sedutan ubat bius yang boleh diambil sendiri (gas tidak berbau) yang mengubah persepsi kesakitan anda. Ia tidak menghapuskan kesakitan dan mungkin menyebabkan pening kepala, kegelisahan dan loya.

Opiods/Narcotics boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan sewaktu bersalin dengan mengubah persepsi kesakitan dan merangsang ketenangan. Opiod mungkin menyebabkan mengantuk, loya dan tekanan pernafasan sementara kepada anda dan bayi.

Beberapa ubat bius yang biasa digunakan termasuklah:

  • Epidural block dan spinal block menawarkan pelegaan kesakitan yang lengkap di bahagian bawah badan. Ia digunakan secara meluas kerana ia tidak melambatkan proses bersalin dan mempunyai sedikit atau tiada kesan sampingan kepada bayi. Walau bagaimanapun ia mungkin menyebabkan kesan ketidakseimbangan kepada kedua-dua belah badan, mengurangkan tekanan darah dan kadar degupan jantung bayi, menyekat pengosongan pundi kencing semasa tempoh keberkesanan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan sekiranya ia bertindak pada dinding dada.
  • Suntikan ubat bius lokal memberikan sedikit atau tiada kesan negatif kepada anda dan bayi anda tetapi ia tidak melegakan kesakitan kontraksi. Ia mungkin memberikan kesan reaksi alahan.
  • Pudendal blocks membantu melegakan kesakitan di bahagian bawah vagina dan perineum (anus). Walau bagaimanapun ubat ini mungkin menyebabkan reaksi alahan atau dalam sesetengah kes mungkin berkesan pada sebahagian atau pada sebelah perineum sahaja.

Walau apa pun pilihan anda, berbincanglah dengan pegawai penjagaan kesihatan bagi mendapatkan pandangan profesional dalam pilihan pengurusan kesakitan bagi menyediakan dan mendidik diri anda tentang kemudahan, keberkesanan dan keselamatan dalam menggunakan kaedah atau ubat-ubatan tersebut.

easing_delivery_table_bm

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen