Pengasuhan Positif

Membina Kemahiran Membuat Keputusan Dari Kecil

Haruskah saya melibatkan anak saya dalam membuat sesuatu keputusan? Persoalan ini, barangkali, sudah lama terpendam dalam fikiran ramai ibu bapa. Budaya popular melihat proses membuat keputusan di kalangan kanak-kanak dengan pandangan yang berbeza. Budaya ini mengatakan bahawa ibu bapa cenderung membuat keputusan bagi anak-anak mereka; dari apa yang mereka makan dan minum, kepada apa yang mereka pakai, menonton, mendengar dan main.

Tetapi, adakah anda tahu bahawa membuat keputusan, sebenarnya, adalah satu kemahiran yang sangat penting untuk dipelajari oleh kanak-kanak, tanpa mengira umur mereka?

Anak-anak anda boleh mendapatkan beberapa manfaat daripada membuat keputusan sendiri. Proses membuat keputusan akan mempengaruhi cara mereka berkelakuan dan bergaul dengan orang lain, serta membentuk identiti kedewasaan dan laluan kehidupan yang dipilihi oleh mereka sendiri.

Mendidik mereka tentang proses membuat keputusan

Pemberian kuasa kepada anak-anak anda untuk membuat keputusan harus dilakukan secara berperingkat dan biasanya ia berdasarkan umur, kematangan dan kebolehan mereka membuat keputusan sebelum ini. Ia adalah bahaya untuk memberi anak anda kebebasan yang sepenuhnya dalam membuat sesuatu keputusan.

Untuk membantu anak-anak anda membuat sesuatu keputusan, terlebih dahulu, anda mesti mendidik mereka tentang proses membuat keputusan. Ia adalah sukar untuk menguasai kemahiran membuat keputusan dan bahkan orang dewasa belum juga menyempurnakan kemahiran ini. Berikut adalah beberapa cara untuk membantu anak-anak anda untuk membuat keputusan dengan tidak mengikut gerak hati dan tidak bertumpukan kepada kepuasan segera semata-matanya.

  1. Mengajar mereka untuk berfikir sebelum bertindak. Beberapa saat teragak-agak boleh mengelakkan banyak keputusan yang tidak baik. Cuba menahan mereka apabila mereka bakal bertindak tanpa berfikir dan menghalang mereka daripada berbuat demikian. Anda juga boleh memberikan contoh-contoh di mana kekurangan pertimbangan telah menyebabkan sesuatu keputusan yang buruk dan bertanyakan mereka apa yang boleh mereka lakukan dengan pendekatan yang berbeza untuk mengelakkan berlakunya keputusan tersebut pada masa akan datang.
  2. Minta mereka tanya diri sendiri beberapa persoalan utama dan menilai pilihan mereka. Anda berharap anak-anak anda dapat memahami pilihan dan keputusan mereka sendiri; jadi minta mereka tanya diri sendiri “Kenapa saya ingin melakukan perkara ini?” dan “Apakah pilihan saya?” Kanakkanak sering menghadapi dorongan yang berbeza dan walaupun mereka tahu bahawa kelakuan tersebut adalah kelakuan yang tidak bijak, mereka tetap akan melakukannya disebabkan tekanan daripada rakan sebaya atau sebab-sebab yang lain.
  3. Menilai kesannya. Minta anak-anak anda tanya diri sendiri, “Apakah kesan tindakan saya?” atau “Apakah masalah yang akan saya menghadapi?” Kanak-kanak perlu menimbangkan kedua-dua risiko dan manfaat daripada keputusan mereka dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
  4. Memahami keputusan mereka. Soalan yang paling penting yang kanak-kanak mesti tanya diri mereka sendiri ialah, “Adakah keputusan saya membawa kepentingan?” Dengan bimbangan seperti ini, mempertimbangkan pilihan yang ada dan membuat keputusan yang membawa kepentingan terbaik merupakan kemuncak dalam proses membuat keputusan yang baik.

Walaupun anak-anak tidak sentiasa membuat keputusan yang baik, mereka selalunya berharap akan diberi layanan yang sama dan dapat berkuasa dalam perkara-perkara tertentu. Ia terpulang kepada ibu bapa untuk membimbing dan membantu anak-anak mereka untuk membina kemahiran membuat keputusan yang baik, dan membesar menjadi seseorang yang berdikari, bertanggungjawab, dan bahagia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen