Pengasuhan Positif

Memahami Pra-eklampsia

Kebanyakan wanita menempuhi tempoh kehamilan dengan tenang manakala sebilangan kecil pula menghadapi beberapa masalah. Salah satu masalah yang biasa dialami dan perlu diberikan perhatian ialah praeklampsia.

Apakah pra-eklampsia dan bagaimana saya dapat mengenalpastinya?

Ciri-ciri pra-eklampsia adalah kenaikan tekanan darah (melebihi 140/90); bengkak pada muka, kaki dan tangan, serta terdapatnya protein dalam air kencing. Menjalani pemeriksaan tekanan darah setiap kali membuat pemeriksaan kesihatan adalah tindakan yang amat penting kerana pada kebiasaannya wanita yang mengalami masalah ini tidak menunjukkan apaapa simptom pada peringkat awal kehamilan. Dalam keadaan yang lebih serius, si ibu mungkin mengalami sakit kepala, rasa mual, muntah-muntah, penglihatan kabur dan sakit pada bahagian perut.

Jika keadaan ini dibiarkan tanpa rawatan, ia akan menyebabkan komplikasi atau maut pada ibu dan juga bayi. Si ibu mungkin mengalami kerosakan hati atau buah pinggang, mengalami pendarahan dan serangan sawan secara tiba-tiba manakala bayi pula berkemungkinan tidak mendapat khasiat atau oksigen yang mencukupi dari uri dan seterusnya menjejaskan pertumbuhannya.

Understanding_b

Who are at risk?

Siapakah yang berisiko?

85% kes pra-eklampsia berlaku pada wanita yang hamil buat kali yang pertama. Ia biasanya dialami oleh wanita yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi yang kronik, masalah buah pinggang serta hamil anak kembar (lebih daripada 1 janin). Ia berlaku dalam keluarga yang sama, dan menyerang wanita yang berusia lebih daripada 35 tahun serta ibu-ibu yang berusia remaja.

Bagaimana untuk menguruskan pra-eklampsia?

Disebabkan tiada siapa yang mengetahui punca sebenar praeklampsia, maka tidak terdapat sebarang kaedah yang dapat menghindarnya. Rawatan yang diambil hanya bertujuan untuk mengawal tekanan darah dan mengurangkan komplikasi. Satu-satunya cara untuk “sembuh” ialah dengan melahirkan bayi. Malah, dalam kes yang serius, si ibu akan diberikan induksi untuk melahirkan bayi sebelum cukup tempoh matang.

Doktor anda akan mempreskripsikan ubat untuk mengawal tekanan darah. Bagi situasi yang tidak begitu serius, anda hanya perlu mendapatkan rehat yang mencukupi dan mengawasi tekanan darah anda sepanjang masa. Jika sebaliknya, anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital dan beberapa ujian akan dijalankan ke atas anda dan juga bayi.

Apakah yang akan berlaku selepas bersalin?

Tekanan darah biasanya akan turun ke paras normal dalam tempoh beberapa hari atau minggu selepas bersalin. Anda mungkin perlu mengambil ubat untuk tekanan darah dan pemeriksaan yang kerap dengan doktor untuk tempoh beberapa minggu sebaik sahaja anda dibenarkan keluar dari hospital.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen