Pengasuhan Positif

Benar atau Palsu?

Pada tahun 1872, seorang doctor pakar obstetrik (kebidanan) bernama Dr John Braxton Hicks telah menggambarkan “kontraksi palsu” yang berlaku sebelum seseorang wanita benar-benar telah sampai waktu bersalin. Kini, anda sudah tahu asal-usul nama kontraksi palsu yang selalu mengganggu dan kadang kala menakutkan anda, jadi sekarang anda boleh mempelajari perbezaan antara kontraksi benar dan kontraksi Braxton Hicks.

Kontraksi sebenar Kontraksi Braxton Hicks
Masa
  • Tetap, berjarak 5-10 minit
  • Bertambah kerap
  • 30-70 saat lamanya
  • Tidak berhenti
  • Tidak tetap
  • Kekerapan sama
  • Kurang dari 30 saat, jangkamasa tidak konsisten
  • Semakin perlahan atau hilang terus
Kekuatan
  • Semakin lama bertambah
  • Selalunya lemah, atau kuat disusuli beberapa kontraksi lemah
  • Kekuatan tidak semakin bertambah
Perubahan posisi
  • Terus bertambah walaupun posisi berubah
  • Semakin perlahan atau hilang apabila anda mengubah posisi badan
Sakit
  • Mungkin bermula di bahagian belakang, kemudiannya ke bahagian depan
  • Selalunya dirasai pada bahagian depan sahaja

Jika ragu-ragu, teruslah ke hospital!

Jika anda pasti benar-benar hendak bersalin, teruslah ke hospital. Walaupun anda mungkin salah, tetapi sekurangkurangnya doktor dapat mengesahkan anda belum tiba waktu bersalin, dan yang paling penting, jika benar anda akan bersalin, anda akan rasa lega kerana dapat sampai ke hospital tepat pada masanya!

Jika kehamilan anda kurang daripada 35 minggu dan kontraksi berlaku 4-6 kali sejam, selama 30 saat setiap kali, berehatlah, keraplah mengubah posisi badan dan minum air. Teruslah ke hospital jika kontraksi tetap berterusan.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen