Pengasuhan Positif

Asas-asas Kewangan

Ramai orang muda di negara kita telah atau berisiko untuk diisytiharkan muflis disebabkan hutang kad kredit. Situasi ini disebabkan oleh kegagalan generasi muda untuk menguruskan asas kewangan. Menurut laporan Bank Negara yang dikeluarkan pada tahun 2010, 50% pemegang kad kredit yang telah diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah.

Hal ini menunjukkan pentingnya pengajaran tentang kewangan dan pengurusannya kepada anak-anak sejak kecil lagi. Anda perlu mengajar mereka tentang nilai wang, namun yang paling penting adalah untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran dan tabiat pengurusan kewangan dengan baik pada masa hadapan.

Di sini terdapat beberapa cara anda boleh menggabungkan pelajaran kewangan ke dalam kehidupan mereka.

  1. Mendidik ketika bermain

    Jadikan sesi pembelajaran nilai wang lebih menyeronokan melalui permainan. Ajari anak anda memahami bagaimana untuk berjimat dan berbelanja melalui permainan ini.

  2. Membawa anak-anak anda semasa membeli belah

    Gunakan waktu membeli barangan mingguan sebagai pengalaman pembelajaran. Beritahu anak anda peruntukan dan jadikan sesi pembelian barangan keperluan sebagai satu permainan memastikan mereka memenuhi bajet berdasarkan senarai membeli belah anda. Ajari mengawal perbelanjaan, dan menganalisa bagaimana anda boleh berjimat dengan lebih banyak apabila anda pulang.

  3. Memberi anak-anak anda wang saku

    Apabila anak anda boleh melakukan kerja rumah dan menolong anda di sekitar rumah, anda boleh memberi wang bagi kerja yang dilakukan. Melalui cara ini, mereka boleh membantu untuk melakukan kerja rumah selain dapat mengajar mereka mendapatkan wang upah dan menguruskan kewangan sendiri.

  4. Galakkan mereka untuk berjimat

    Mengajar anak anda bagaimana untuk merancang, membahagi dan menyimpan wang belanja mereka mengikut harian, mingguan atau bulanan. Berikan tabung kepada mereka untuk menyimpan wang. Anda juga boleh memberi dua tabung, satu untuk menyimpan wang dan satu lagi untuk perbelanjaan, dan membantu mereka untuk menentukan bagaimana untuk membahagi wang belanja mingguan mereka diantara dua tabung.

  5. Masukkan ke dalam bank

    Ajari anak anda mengenai simpanan untuk jangka masa panjang dan hutang. Bawa mereka ke bank untuk membuka akaun. Menjelaskan bahawa wang mereka akan bertambah jika disimpan di dalam bank. Apabila mereka sudah dewasa, anda boleh jelaskan kepada mereka mengenai konsep faedah.

  6. Kurangkan tontonan komersil

    Pastikan objektif mengenai iklan televisyen atau komersial dijelaskan kepada anak anda, kerana iklan ini boleh mempengaruhi perbelanjaan anak anda. Anda juga boleh menukar saluran apabila iklan ditayangkan.

Pastikan anda bersedia membantu membimbing anak anda ketika mereka berbelanja dan membuat kesilapan sewaktu berbelanja. Mengajar anak anda bagaimana untuk menetapkan matlamat penjimatan dan menggalakkan mereka untuk berusaha ke arah matlamat tersebut.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen