Pengasuhan Positif

Adakah Rumah Anda Medan Peperangan?

Banyak perkara yang boleh membawa konflik di dalam perkahwinan: anak-anak, kewangan, kerja atau campur tangan ahli keluarga lain. Namun begitu, konflik adalah lumrah dalam perkahwinan. Tetapi, jika sesuatu perkara sering dibangkitkan tanpa sebarang penyelesaian, mungkin anda dan pasangan anda akan menghadapi masalah.

Di sini adalah cara bagaimana anda dan pasangan anda boleh mengetahui sekiranya wujud konflik di dalam perhubungan anda sebagai suami isteri:

  • Adakah anda menjerit, menengking, memalukan malah membaling objek kepada pasangan anda?
  • Adakah anda hilang sabar walaupun disebabkan oleh kesilapan yang kecil sahaja?
  • Adakah anda bermasalah untuk berbincang dengan baik?
  • Apabila salah seorang sedang marah, adakah dia keluar dengan marah?
  • Adakah anda berdua sering menyalahkan antara satu sama lain?

Jika terdapat satu daripada ciri-ciri di atas, ini bermaksud anda berdua mempunyai konflik yang perlu diselesaikan. Di sini terdapat beberapa langkah yang boleh diambil:

  1. Ambil masa berehat

    Cuba berhenti apabila pertengkaran semakin hebat. Tinggalkan pasangan anda sendiria ketegangan. Tarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan perasaan anda.

  2. Fikirkan semula

    Cara yang paling efektif untuk memikirkan punca kemarahan anda adalah dengan meluangkan masa bersendirian. Adakah anda marah dengan perbuatan pasangan anda atau adakah punca kemarahan anda berkaitan dengan perkara lampau? Adakah anda marah berdasarkan kebenaran atau mengikut perasaan?

  3. Bersemuka

    Apabila anda berdua sudah tenang, bersemuka dan cuba berbincang dengan baik.

  4. Fahami kehendak masingmasing

    Tanya apakah sebenarnya yang mengganggu pasangan anda. Dengar keluhannya dan cuba memahaminya. Kemudian, beri peluang kepada pasangan anda untuk memahami perasaan anda pula. Jangan hanya menyalahkan pasangan anda, sebaliknya luahkan secara jujur.

  5. Dapatkan kata putus

    Fikirkan cara untuk menyelesaikan konflik bersama. Jangan cuba menghakimi masalah itu dan cari penyelesaian. Senaraikan pilihan anda dan selepas berbicang, pilih penyelesaian yang dipersetujui.

Apabila konflik menemui jalan buntu

Perkahwinan ibarat jalan dua hala. Penyelesaian konflik tidak akan tercapai melainkan anda berdua inginkan ia berakhir. Jika konflik rumahtangga tiada penyelesaian dan boleh menjejaskan ikatan perkahwinan, dapatkanlah khidmat kaunseling.Hubungi (03) 2693 7555 di LPPKN dan buat temu janji dengan kaunselor. Mereka dapat membantu anda dan pasangan anda dengan memberi nasihat mengenai masalah anda.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen