Pengasuhan Positif

Pai Apple

Ramuan

(Hidangan untuk 5 orang)

Inti:

  • 210 g (4 biji sederhana) epal hijau, dikupas, dan dibaji nipis
  • 30 g (2 sudu makan) gula
  • 125 ml (½ cawan) air
  • 40 g (¼ cawan) kismis

Lapisan Atas:

  • 40 g (3 sudu makan) gula perang
  • 3 g (½ sudu teh) serbuk kayu manis
  • 35 g (4 sudu makan) tepung gandum
  • 50 g (4 sudu makan) mentega, dipotong dadu Coklat untuk hiasan

Cara memasak

  1. Panaskan ketuhar kepada 180°C
  2. Masak epal dengan air dan gula sehingga lembut dan masukkan kismis.
  3. Untuk lapisan atas, campurkan gula perang, tepung gandum, mentega, dan serbuk kayu manis. Campurkan dengan sebati sehingga menadi serdak seperti serbuk roti.
  4. Tuang serdak ke atas epal yang sudah dimasak sehingga meliputi sepenuhnya.
  5. Bakar dalam ketuhar selama 30 minit, atau sehingga serdak bertukar menadi perang gelap.
  6. Hiaskan dengan coklat masakan dan hidang segera.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:

Kalorie 179 kcal
Karbohidrat 25.0 g
Protein 1.1 g
Lemak 8.3 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia

Resipi sumbangan daripada “Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk membeli buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 60 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen