Pengasuhan Positif

Kek keju Lemon Tanpa Bakar

Ramuan

(10 potongan)

  • 150 g biskut kraker, dihancurkan
  • 125 g (½ cawan) mentega, dicairkan
  • 200 g (¾ cawan) krim keju
  • 80 ml (⅓ cawan) krim putar
  • 65 g (¼ cawan) gula aising
  • 10 g (1 sudu makan) serbuk gelatin, dilarutkan dalam 2 sudu makan air suam
  • Jus sebiji lemon

Cara memasak

  1. Masukkan biskut kraker ke dalam mangkuk adunan. Masukkan mentega dan gaulkan sebati.
  2. Tuang sebatian ke dalam tin kek 8″ dan tekan menggunakan belakang sudu sehingga padat. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan sehingga mengeras.
  3. Di dalam mangkuk adunan lain, campurkan krim keju dan krim putar. Pukul sehingga adunan menjadi pekat dan berkrim.
  4. Masukkan gula aising dan jus lemon perlahan- lahan. Kacau sehingga menjadi adunan pekat and lembut.
  5. Tuang ke atas biskut hancur tadi dan ratakan.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan beberapa jam sehingga adunan keju di bahagian atas mengeras.

Cadangan

  1. Biskut kraker boleh juga diganti dengan biskut mudah hadam atau biskut yang lain.
  2. Kurangkan kuantiti jus lemon kepada separuh jika rasanya terlalu masam.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:

Kalorie 230 kcal
Karbohidrat 17.3 g
Protein 3.4 g
Lemak 16.3 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia

Resipi sumbangan daripada “Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk membeli buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 60 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen