Pengasuhan Positif

Puf Pisang Berkrim Kastard

Bahan-bahan:

(16 puf)

Puf:

  • 3 biji telur (besar)
  • 200 g (1½ cawan) tepung gandum
  • 250 ml (1 cawan) air
  • 100 g (²⁄5 cawan) mentega
  • Sedikit coklat masakan untuk hiasan

Inti:

  • 200 g (2 biji sederhana) pisang, dipotong bulat
  • 80 g (½ cawan) gula
  • 45 g (3 sudu makan) mentega
  • 100 ml (½ cawan) susu sejat
  • 45 g (3 sudu makan) tepung kastard,
  • dicampurkan dengan 50 ml (3 sudu makan) air
  • 125 ml (½ cawan) air

Cara membuat puf

To make puff

  1. Didihkan air bersama mentega dan biarkan selama 1 minit.
  2. Tambahkan tepung gandum dan campurkan sehingga sebati untuk membentuk doh. Tutup api dan biarkan adunan suam.
  3. Kacau adunan menggunakan mesin emutar dan masukkan telur sedikit demi sedikit. Kacau adunan sehingga sebati.
  4. Masukkan campuran ke dalam beg piping dengan nozel bukaan bulat.
  5. Paipkan campuran puf dengan saiz yang disukai di atas dulang pembakar.
  6. Bakar dalam 180⁰C sehingga saiznya menjadi 2 kali ganda. Biarkan sejuk seketika.
  7. Potong di bahagian tengah secara melintang menggunakan pisau berjeriji tajam. Paipkan sedikit inti krim dan susun pisang yang dipotong bulat di atas krim sebelum meletakkan semula separuh bahagian puf yang dipotong di bahagian atas.
  8. Hiaskan dengan sedikit coklat hiasan di bahagian atas puf.

Cara membuat inti krim puf

  1. Campurkan gula, mentega, susu sejat dan larutan kastard dengan air di dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
  2. Di atas api perlahan, panaskan sebatian dan sentiasa kacau dengan menggau penggaul wayar sehingga menjadi pekat.

Kandungan Nutrien Setiap Puf:

Kalori 151 kcal
Karbohidrat 15.1 g
Protein 2.7 g
Lemak 8.9 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia

Resipi sumbangan daripada ‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk membeli buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 60 resipi, sila e-mel kepada:[email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen