Pengasuhan Positif

Kobis Gulung Berinti

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 5 orang)

Sos:

  • 80 g (5 helai) daun kobis
  • 50 g (⅔ cawan) serbuk protein kacang soya, direndam bersama air suam selama 20 minit dan ditapis
  • 6 g (2 biji) cendawan, dihiris kecil
  • 70 g (2 cawan) nasi
  • 30 g (2 sudu makan) bran
  • 50 g (½ cawan) bayam, dipotong halus
  • 15 g (2 sudu makan) kacang buncis, dipotong halus
  • 10 g (1 sudu makan) lobak merah, diparut
  • 250 ml (1 cawan) air
  • 30 g (3 sudu makan) keju mozzarella kurang lemak, diparut
  • 40 g (4 sudu makan) pes tomato
  • 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
  • 20 g (2 sudu makan) bawang besar, dipotong
  • 10 g (2 ulas) bawang putih
  • 3 g (½ sudu teh) serbuk kunyit
  • 3 g (½ sudu teh) gula
  • Lada hitam secukup rasa
  • Sedikit marjerin (untuk menyapu dulang dapur)

Inti:

  • 2 helai daun salam
  • 80 g (½ cawan) pes tomato
  • 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
  • 50 g (5 biji) bawang kecil
  • 125 ml (½ cawan) air

Cara Memasak

Cara membuat sos

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang hingga warna keemasan.
  2. Masukkan bahan-bahan sos yang lain dan biarkan mendidih selama 5 minit.
  3. Padamkan api.

Cara memasak inti

  1. Masukkan daun kobis ke dalam air mendidih sehingga lembut dan toskan. Berhati-hati supaya daun tidak koyak.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan air, serbuk protein kacang soya, dan serbuk kunyit dan biarkan selama 15 minit. Padamkan api.
  3. Masukkan semua bahan yang lain kecuali keju dan marjerin. Gaul sehingga sebati.
  4. Letakkan satu helai daun kobis dengan rata. Isikan 3 sudu makan inti tadi dan gulungkan. Ulangi langkah ini untuk semua daun kobis.
  5. Letakkan semua gulungan kobis di atas dulang dapur yang telah disapu dengan marjerin.
  6. Tuangkan sos yang telah disediakan ke atas gulungan daun kobis.
  7. Tutupkan dan bakar pada suhu 180⁰C selama 35 minit.
  8. Keluarkan dan taburkan keju Mozarella dan bakar lagi selama 5 hingga 10 minit.
  9. Hidangkan sebagai lauk utama bersama roti bakar, naan, capati dan pita atau sebagai lauk pilihan sayur-sayuran.

Kandungan Nutrien Setiap Puf:

Kalori 177 kcal
Karbohidrat 18.4 g
Protein 7.7 g
Lemak 8.1 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia

Resipi sumbangan daripada ‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk membeli buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 60 resipi, sila e-mel kepada:[email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen