Pengasuhan Positif

Campuran Jagung Manis, Ubi Kentang dan Ayam

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 2 orang)

  • 60 g (1/4 cawan) dada ayam, dimasak, dibuang tulang
    dan kulit
  • 90 g (1 biji) ubi kentang, dikupas dan dipotong dadu
  • 20 g (2 sudu makan) lobak merah, dipotong dadu
  • 30 g (2 sudu makan) jagung manis
  • 125 ml (1/2 cawan) stok ayam
  • 30 ml (2 sudu makan) susu ibu
  • 10 g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang

Cara Memasak:

  1. Rebus bawang besar dengan stok ayam di dalam periuk.
  2. Masukkan ubi kentang. Tutup dan renehkan selama 15
    minit sehingga ubi kentang menjadi lembut.
  3. Masukkan jagung dan masak lagi selama 2-3 minit.
  4. Akhirnya masukkan ayam dan rebus sehingga masak.
  5. Kisar campuran sehingga menjadi kasar.
  6. Masukkan susu ibu dan hidang.

Cadangan:

  • Anda boleh melenyek dengan belakang sudu semasa memberi anak anda makan.
  • SHidang bersama nasi lembik.

Kandungan Nutrient Setiap Satu Hidangan

Kalori 90 kcal
Karbohidrat 10.6 g
Protein 7.6 g
Lemak 1.9 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Untuk Si Kecil Anda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen