Pengasuhan Positif

Ayam Tandoori

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 6-8 orang)

  • 2 kg (1 ekor) ayam, kulit dan lemak yang dibuang, dibelah empat
  • 40 g (4 ulas) bawang putih, dicincang
  • 40 g (2 inci) halia, dikisar halus
  • 30 ml (2 sudu makan) jus lemon
  • 250 ml (1 cawan) yogurt biasa
  • 3 g (1 sudu teh) garam masala
  • 3 g (1 sudu teh) serbuk ketumbar
  • 3 g ((1 sudu teh) serbuk jintan putih
  • 3 g (1 sudu teh) serbuk kunyit
  • 3 g (1 sudu teh) serbuk kari
  • 3 g (1 sudu makan) paprika manis
  • 30 ml (2 sudu makan) sos pudina (ikut pilihan)
  • 15 ml (1 sudu makan) minyak
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali kecil di atas api sederhana. Masukkan ketumbar, jintan putih, kunyit, garam masala, serbuk kari, sos pudina dan paprika. Tumis sehingga wangi (kira-kira 2-3 minit). Ketepikan.
  2. Campurkan bahan rempah yang telah sejuk ke dalam yogurt. Perlahan-lahan masukkan jus lemon, bawang putih, garam dan halia.
  3. Cucuk daging ayam sedikit dengan pisau (hingga ke tulang) 3-4 bahagian kepingan kaki/paha ayam. Salut ayam dengan bahan perapan, tutup dan biarkan sekurang-kurangnya sejam (sebaik-baiknya 6-8 jam atau semalaman).
  4. Panaskan ketuhar hingga 240°C. Pindahkan kepingan ayam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama kira-kira 20-25 minit atau sehingga ayam masak keperangan di bahagian atasnya. Ayam telah masak apabila jus jernih mengalir keluar.
  5. Biarkan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum dihidangkan dengan sos pudina.
  6. Hidangkan bersama naan, roti paratha, atau nasi kukus.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:

Kalori 137 kcal
Karbohidrat 1.2 g
Lemak 5.7 g
Protein 20 g

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 50 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen